Tuesday, December 30, 2008

Jop dan aku ..

Tiba aje dr Penang .. cari Jop dulu, mata dah ok tp ada hingus dan bersin. Teruk resdung si Jop ni. Bukan main manja lagi Jop sampai ajak pergi tengok kandang kambing pun dia ikut. Jop memang kucing yang baik ...

Jop punya cerita .. part IV

Maka dah tibalah masa kami balik Penang .. tinggallah Jop dengan atuk dan dibekalkan dengan 6 tin makanan. Janji Jop makan dan cepat baik .. antibiotik dan vitamin tak sempat habis pun sebab dah tak de orang nak suapkan. harapkan Jop .. tak de maknanya. Hari ke-3 di Penang mimpi Jop.. adoi apasal pulak ni .. sakit kuat ke atau Jop dah tiba masanye tapi tak de org yang bagitau so telefon Cik Usop .. lega tu Jop ok je makan dengan kucing rumah sebelah ramai-ramai, makan sorang tak lalu. Masih bersin dan mata berair. Bila Pak Langnya sampai dr Pahang (abangku n family) Jop dah bertambah ok. Tp resdungnya makin menjadi-jadi, bila makan makanan dlm tin tu lagi bertambah bersin ... tak ke resdung namanya tu. Tukar makan ikan goreng pulak.. Kesian Jop tunggu kami balik ye.

Jop punya cerita .. part III

Lepas rawatan klinik kali kedua .. Jop dah dapat sakit baru pulak, mata berair+bersin-bersin+hidung berair. Tak berkesan juga nampaknya pil yang diberi tu ... makan nasi dah tak mau, bila bagi je nasi dia tengok pas tu pandang muka kita pas tu terus chow. Sedih tu, jalan pun dah tak brapa larat. Semua dah risau tengok keadaannya.. siang malam Jop tido belakang peti ais untuk dapat haba. Suami cadangkan bawa semula ke klinik sebab lagi 6 hari kami nak balik Penang. atuknya setakat bagi makan no problem tapi bila nak bagi ubat dan bersihkan ... takkan nak suruh atuk buat. So lagi sekali Jop naik kereta ke Tampin... sebab tak larat dia diam je. Sampai kat klinik adik vet assisstant tu check bulu Jop dan matanya. Dicadangkan untuk ambil injection 3 serangkai. Aduh ganas si jop bila kena inject. Puas pujuk ... rupanya walau dicucuk bawah kulit je .. tapi rasa perit tu lama juga. Kesian Jop .. Dapat ubat lagi antibiotik dan vitamin untuk tambah selera makan. Waktu ni Jop dah tak pandang nasi ngan ikan .. tak lalu so kena beli makanan dalam tin. Macam-macam perasa ada.. cis standard sungguh kucing la ni. Sekarang ni dah tambah kerja lagi .. buang hingus dia pulak. Adoi Jop ko ni kucing keapa????? pakai tisu berkotak-kotak mengalahkan tuan sendiri. Harap Jop sihat sebelum kami balik.

Jop punya cerita .. part II

Lepas habis bagi ubat cacing yang power tu, Jop makin teruk .. makan dah tak lalu and badan pun makin kurus ramping. Jop memang dah tak macho lagi. Kesiannya letak ubat mata 'eyemo' yang pakai kat orang tu sebab nampak matanya teruk. Tak jalan juga dan mula dah pulak bersin-bersin. Jop ni resdung ke apa kata anak-anakku. Bila menyahut pun dah tak ada suara .. lagi 10 hari nak balik penang ni .. so kami ambil keputusan nak bawa juga Jop ke Klinik Haiwan Tampin. Adik yang bertugas tu bagi ubat untuk mata dan ubat pil untuk makan. kalau tak baik juga kena datang lagi .. jika jangkitan cacing tak yah nak risau cuma masa ni tengah ada penyakit sampar kucing so kalau ada simptom seperti bulu gugur dengan banyak, mulut berbau maka keadaannya memang dah kronik. harap Jop akan ok dan ok. Jop memang kucing yang baik...

Jop punya cerita .. part 1

Tak biasa tengok kucing jatuh sakit .. matanya berair dan sesekali bersin. Masih lalu untuk makan hidangan kucing yang biasa .. tak risau pun. Tengok dulu harap dia okey balik .. be positive , mesti dia dapat cari ubat tumbuhan yang tumbuh meliar disekitar kawasan rumah. maklumlah selalu tengok kucing makan pucuk tumbuhan untuk dijadikan ubat mungkin. So, Jop tu kan kucing = mesti sama macam tu jugak. Masalahnya .. dalam sehari ada 24 jam, Jop berada diluar rumah tak sampai 3 jam sehari tu pun sebab dia nak melepas hajat .. lepak2 luar rumah tak reti, mengurat lagilah, nak gaduh dengan kucing lain asyik kena belasah je jadinya mungkin ini sebab Jop tak reti duduk diluar rumah.

Tunggu lepas 2 hari keadaannya makin teruk .. macam mana yek lagi 12 hari kami nak balik Penang ... Nak bawa ke klinik, sahih Jop fobia gila naik keta so kami ambil gambar dan short video nak tunjuk kat adik vet di klinik haiwan Tampin. So off we go .. didiagnos sebagai jangkitan cacing pada kucing beli ubat yang kata adik tu mahal dan berkesan ( 2 biji = rm10).
Balik rumah dah jadi tugas hubby bagi Jop makan ubat tablet tu. Jop oh Jop dah kena cuci mata dia pulak tiap hari ...

Great moments together ..


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Angah on Nora's wedding day ...


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Hari Bahagia ..

The wedding season comes again ...


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Sunday, September 21, 2008

Wah .. untung berganda ni

12 Sept datang lagi , tambah setahun lagi usia. Sudah semakin hampir ke angka 40. Semuanya seperti tahun-tahun yang sudah hanya meraikan bersama hubby dan anak-anak. Thanks everyone .. but this year ada satu parcel misteri yang tiba on that day. Suspen tu memikirkan apa dan dari mana. Ikut address macam publisher je. Rupa-rupanya dapat hadiah dari Reader's digest dan yang bestnya buku yang diberi memang BEST dan sesuai untuk mini library kami. thank you to reader's digest. Memang lama teringin nak beli this type of book for our mini library but then think again the price ... adoi .. terus pendam hasrat. Rupa-rupanya hadiah itu untuk one of the reader suvey tentang environmental issue. Best kan dapat hadiah unexpectedly terutamanya on our special day. Thanks again RD.

Jop ku yang manja ..

Manusia bisa bersahabat dengan sesiapa sahaja. Mungkin ada benarnya kerana kita cepat terikat dengan sesuatu yang baik dan indah. Bagi kami sekeluarga, kucing jantan berwarna oren ini sangat istimewa. Malah manjanya menjadi-jadi bila semakin ramai orang bertandang kerumah. Dan yang lebih penting dan penuh sentimental ... Jop Jippo adalah legasi terakhir peninggalan arwah ibu. Arwah bukanlah penggemar kucing tetapi atas rasa belas pada haiwan ini maka jumlah kucing ini meningkat dari tahun ke tahun. Setelah 13 tahun arwah tiada, Jop adalah antara peninggalan beliau yang amat kami sayangi. Melihat Jop dan memberinya makan mengingatkan kami padi arwah yang tiada.

*Menunggu kami pulang dari ofis dan minta untuk join tidur. Gambar ini disaat Jop sedang diulit mimpi lena.



Monday, July 14, 2008

Wednesday, May 28, 2008

JOM balik kampung ..



















Ini yang kami tunggu-tunggu, saat dapat pulang menjenguk kampung. Itu untungnya kami yang menetap di Melaka maka jadinya Pulau Pinang jadi kampung kami. Walau hanya menumpang balik ke kampung orang (suami saya org sana) tapi seronoknya tak boleh nak cakap. Anak-anak jangan ceritalah. Sebelum cuti lagi dah ingatkan tentang program balik kampung. Yang pasti perjalanan 5-6 jam akan ditempuhi dengan penuh keseronokkan ... dan keceriaan.

Tuesday, May 27, 2008

Pandang saja ke depan, jangan pandang belakang

Satu perkara biasa bila kita diminta memandang ke depan, usah dikenang peristiwa yang lepas malah melangkah untuk sentiasa mencari yang terbaik, mungkin yang lebih baik dari apa yang kita ada hari ini. Namun apa yang ada dibelakang kita .. our past .. our bitter sweet memories .. atau apa jua yang kita panggil adalah sebahagian dari masa lalu yang telah kita hadapi. Banyak yang boleh kita perolehi dari masa lalu selain dari pengalaman yang mematangkan hidup. Yang pasti apa yang telah kita lalui tidak akan sama rasanya walau kita mengalaminya pada kali kedua.
Nilai kepuasan yang subjektif ini mungkin relevan dengan pentingnya sesuatu event itu kepada kita. Jika ia lebih penting maka kita akan mengingatinya lebih lama akibat dari kesan keseronokkan/kesedihannya. Sejak bermulanya 2008, saya dan suami berazam untuk menghubungkan semula rakan-rakan kolej di Maktab Perguruan yang telah lama terpisah. Agak 14 tahun tidak bertemu dan tidak bertanya khabar .. entah bagaimana agaknya mereka maka kenangan zaman lalu banyak memeriahkan alam blog kami. Pelbagai reaksi terakam malah ada yang ketika pertama kali berjumpa hanya gelak tawa dan pelukan mesra yang mampu terluah tanda betapa bersyukurnya kepada yang Satu ... kita masih ada peluang bertemu, bermesra dan berkenal semula.
Maka nilai persahabatn itu rasanya kembali kukuh terjalin dan lebih indah kita berpeluang mengenalkan ahli keluarga masing-masing kepada teman yang lain. Semoga kita dikurniakan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat, diberikan tahap kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia selain rezeki yang melimpah ruah untuk kita kongsi bersama. Wassalam...

Sunday, May 25, 2008

Akan hilangkah kampungku .. Part 1

Berita yang penuh emosi dan tragis ini bermula pada awal bulan Mei yang lepas apabila diberitahu yang tanah dikampungku akan diambil untuk projek laluan jalan 4 lorong dan landasan keretapi berkembar dari Pulau Sebang ke Batu Berendam oleh kerajaan negeri. Bayangkan berapa banyak kampung-kampung tradisi yang akan lenyap kerana projek yang kononnya untuk generasi akan datang. Yang lebih mengharukan penempatan semula akan dibuat bagi tujuan ini. Projek bilion ringgit yang akan dilaksanakan oleh kerajaan pilihan rakyat sejurus habis pilihanraya. Boleh dikatakan sebagai hadiah kerana memilih pimpinan sekarang.
Pelbagai reaksi marah dan geram dilemparkan kerana atas apa jua alasan, mengapa rakyat yang kian dihimpit dengan pembangunan yang pastinya hanya menguntungkan satu pihak. Malah kepada rakyat yang menolak projek ini maka kami digelar orang yang mementingkan diri sendiri. Tidak mahu memikir tentang generasi akan datang.. dah tak ade idea lainlah tu.
Yang pasti ini isu kita .. isu yang menindas kita secara terang-terangan dan isu yang perlu kita tangani secara terang-terangan. Bangkit wahai generasi pewaris Pulau Sebang, Tanjung Rimau Dalam, Padang Sebang, Gadek dan lain-lain yang menerima nasib yang sama. Ini warisan nenek moyang kita, telapak generasi akan datang. Jangan kita biarkan orang lain merampasnya sesenang hati mereka.

Tuesday, May 20, 2008

Aduh Lalainya..

Salam untuk semua,
Seronoknya dapat bercuti panjang dihujung minggu. Terasa diri masih perlu bermalas-malas di peraduan saat jam loceng berbunyi. Bangun alam keadaan separa sedar, sayacuba mengingat apa kerja yang perlu dibuat dan dibereskan sepanjang hari ini. Ingat punya ingat tiba-tiba terbayang tugas pertama pagi ini, mengedarkan 40 set kertas kepada yang berkenaan.Mulanya tiada perasaan cemas hadir kerana itu hanyalah rutin biasa saya namun bila teringat yang kertas edaran itu sebenarnya masih belum disusun dan diklip.. saya terus mengelabah. Serasa seram sejuk badan dan jangankan peluh jantan, segala jenis peluh sudah berlumba-luma untuk keluar. Mujur kertas yang telah siap diperbanyakkan itu saya bawa pulang jika tidak ... tak dapatlah saya nak bayangkan apa yang akan berlaku.
Cik abang hanya geleng kepala melihat kekalutan saya. Saya buat muka selamba kerana takut dibebel seawal jam 5.40 pagi. Tangan saya pula cukup tidak efisien kerana lagi laju saya bergerak lagi banyak halangan yang ada .. sambil itu juga mata asyik dok menjeling pada jam didinding. Teringat juga yang saya sepatutnya masak nasi goreng untuk sarapan, bahannya semua dah siap. Aduh gawat ni, cik abang buat tak faham je .. anak-anak perlu bersarapan kerana hari ni juga ada peperiksaan di sekolahnya. Tak kan nak biar anak-anak pergi kesekolah dengan perut kosong?
Akhirnya setelah separuh jalan, cik abang suruh saya uruskan hal dapur.. dia nak tolong sambung. Syukur akhirnya ada pertolongan dan syukur juga cik abangku tak membebel langsung pasal kecuaianku ini. Akhirnya menjelang jam 6.05 pagi semuanya selesai. Baru boleh nampak wajahku tersengih kerana senang hati.

On the other side ...
Walau sekalut manapun saya pagi tadi, saya amat bersyukur kerana saya boleh teringatkan tugasan itu dan sempat menyiapkannya. Bayangkan jika terlupa terus dan pasti saya telah menyushkan ramai orang. Tetapi yang pasti apa yang berlaku pagi tadi menyebabkan saya terfikir dan lantas terus berazam .. I should make a long list about what I plan to do. Agaknya umur dah makin meningkat maka menyiapkan tugasan dah tak boleh main terjah sahaja. Semalam melelapkan mata malam tadi, saya sempat merayau ke laman blog kak long Syikin yang sedang dalam usaha menyiapkan PHD nya. Serasa semangat belajar kak long meresap ke diri .. memikirkan anak-nank yang kini silih berganti mengambil UPSR / PMR buat saya berfikir panjang untuk itu. Apapun kita hanya mampu merancang untuk yang terbaik namun yang menentukan bukan lagi terletak ditangan kita. Semoga apa yang saya rancang akan dipermudahkan jalannya .. Amin.

Monday, May 19, 2008

Akhirnya kutemui ..

Setelah beberapa lama menggunakan layout yang agak kurang kurasa serasi dengannya maka hari ini ku curi jua masa agar dapat ditukar layout ini (sebenarnya baru 9 hari yang lalu). Biarlah terbuang sedikit masa namun kepuasan rasa dan ketenangan jiwa amat kuhargai. Sorry buat semua teman, agaknya pun makin rasa janggal dengan perasaan 'weird' ini, rasanya kali ini hatiku sudah terpaut dan 'chemistry'nya sudah wujud. Barulah rasanya ada keseronokkan untuk menatap dan menulis apa yang patut.
Lantaran yang pasti .. jiwaku rasa secocok dengan pemilihan kali ini. Ibarat telah bertemu kekasih dihati.

Saturday, May 17, 2008

Cuti Sekolah ..

Salam untuk semua,
Lagi seminggu akan tiba cuti sekolah, bagi anak-anak yang akan mengambil peperiksaan awam pasti cuti akan terisi dengan program kelas tambahan dan sebagainya. Bagi ibu bapa yang anak mereka akan mengambil peperiksaan pasti berfikir dua kali untuk pergi bercuti .. namun cuti yang bakal tiba perlu diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan bukan hanya membenarkan anak-anak menghabiskan cuti dengan menonton tv atau bermain komputer sahaja.
Peranan kita sebagai ibu bapa bukan hanya mengawasi mereka malah perlu juga menjadi 'guru' sewaktu cuti. Walau apa jua rancangan dan program yang diatur, masa yang terisi sewajarnya menjadi medan untuk kita saling mengenali dan saling lebih mengerti antara satu sama lain.
Wassalam ..

Thursday, May 15, 2008

Selamat merasai pengalaman baru .. wahai puteraku.


Untuk anakku yang berjaya memenangi pertandingan buku skrap ' alam maritim' anjuran Jab. Pelajaran Melaka. Program asal untuk pulang ke kampung sebaik cuti sekolah terpaksa ditangguh ke minggu ke-2. Tahniah dari ibu, abah dan adik-adik.....

Wednesday, May 14, 2008

Award kuberi tahun ini ..

Dah lama teringin nak sediakan award seperti ini but this year, I want to give this to my husband. Who always there for me ..... Thank you .. love you always. Pejam celik telah lebih 14 tahun berkongsi hidup dengannya. Pelbagai perubahan yang telah kami lalui: perubahan fizikal itu adalah satu kepastian namun perubahan dari segi emosi dan pemikiran juga ada. Bagaimana kita menangani satu-satu perubahan bergantung kepada banyak faktor namun yang penting kita perlu saling memikir antara satu sama lain agar masing-masing punya sikap saling menghormati dan menyayangi.
Bagi kami yang memulakan alam perkahwinan di usia muda, banyak kelebihan yang ada..... yang pasti bagaimana terbukanya kami menyatakan kasih antara satu sama lain menjadi ikutan anak-anak yang semakin membesar. Tidak perlu berasa malu untuk jalan sambil berpegangan tangan kerana itu bukannya satu dosa bagi pasangan suami isteri.

Harapan kami semoga ikatan ini akan terus mekar dan hangat tanpa mengira usia dan masa.

Sunday, May 11, 2008

Dilanjutkan lagi ..


Kelmarin kononnya kakitangan awam mendapat berita gembira termasuklah usia persaraan dilanjutkan ke angka 58. Jika dilihat kembali isu ini adalah antara yang mula-mula saya tulis sewaktu memasuki alam blog. Mampukah saya terus dengan karier ini sehingga diusia itu?? Secara peribadinya saya merasakan akan semakin suntuk masa diperuntukkan untuk diri ini jika saya terus memilih untuk bekerja sehingga usia itu. Saya mengharapkan masa bersara yang lebih awal dari kini agar saya dapat menikmati kehidupan yang lebih teratur untuk diri, suami dan keluarga. namun apa jua keputusan yang kita ambil semuanya bergantung kepada upaya diri sendiri. Selamat menyambung tugas hingga ke usia 58 ......Wassalam.

Ada apa dengan ibu mertua?

Seantero dunia merayakan hari ini sebagai satu hari istimewa buat semua ibu. Bagi saya adalah satu bonus jika anak-anak mengingati kita dihari ini tetapi apa gunanya jika 364 hari yang lain anak-anak tidak mengingati ibu mereka. Bagi saya yang kehilangan ibu pada usia 22 tahun, saya amat menghargai jasa ibu mertua kerana ibu saya meninggal ketika saya baru 11 bulan melayari alam rumahtangga dan diketika itu juga saya sedang sarat mengandung putera sulong. Genap 60 hari kehilangan ibu, saya melahirkan putera sulong ini. Saratnya bebanan jiwa yang ditanggung hanya Allah yang maha mengetahui namun disebalik kehilangan itu saya mendapat bimbingan dari seorang ibu mertua yang cukup baik dan prihatin.
Setelah menginjak usia pertengahan 30-an, saya pasti banyak tingkah laku dan perbuatan saya mungkin menyentuh perasaan beliau (maklumlah berada diusia muda) tapi tidak pernah sekali saya ditegur secara terang-terangan malah banyak nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberi. Saya dan ibu mertua bukanlah berasal dari daerah yang sama maka pertuturan, makanan dan sedikit kebiasaan harian agak berbeza namun beliau menerima saya sebagai ahli baru keluarganya dengan begitu terbuka sekali. Tidak sekali pun antara kami bermasam muka malah saya menghormati dan menyayangi beliau seperti ibu sendiri.
Syukur saya ke hadrat yang Esa kerana walau saya tidak dapat bermanja dan merasa bimbingan ibu sendiri ketika saat saya baru melayari alam rumahtangga namun saya telah dikurniakan ibu mertua yang cukup memahami, cukup baik malahan cukup untuk menggantikan kekosongan sebagai seorang ibu kepada saya. Malah sempat saya titipkan pada rakan yang bermasalah dengan ibu mertua, bahawa bagaimana Allah mengasihani saya lantas memberikan saya seorang ibu mertua yang baik dan begitu memahami. Rasanya sejak saya mula mengahwini putera sulongnya, saya tidak pernah berasa terpinggir bila berada disamping beliau.
Doa saya semoga arwah ibu (Hjh Maimunah Hamzah) ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Dan buat ibu mertua saya (Pn. Che Som Abd Rahman) semoga hidupnya sentiasa dilimpahi kebahagian dan ketenangan disisi suami, anak-menantu dan cucu-cucu.

Terima kasih juga buat suami dan anak-anak yang telah memberi surprise present .. terima kasih juga buat teman yg menghantar sms hari ibu.

To all mothers out there :
motherhood is a tough 24-hour job. No pay, no days off, most often unappreciated and yet to resign is impossible! Happy Mothers Day..

Saturday, May 10, 2008

Hidup bebas tanpa masalah


Dah lama terfikir nak merapu pasal tajuk ini. Ialah bila usia dah meningkat yang pasti tanggungjawab juga kian bertambah. Tak tercapai dek akal ni bila nak recall semula bila kali terakhir hidup ini bebas tanpa masalah. Relatifnya masalah itu sendiri hadir dalam setiap kehidupan. Kadang kala berat kadang kala ringan dan mudah untuk diselesaikan. Masalah juga adalah satu bentuk ujian dari yang maha Esa untuk umatnya. Bagaimana kita menghadapi dan bagaimana kita bertindak mengatasinya pasti ada kaitan dengan keupayaan diri kita sendiri.
Kekadang perkara kecil yang kita anggap remeh dan tiada apa boleh menjadi perkara besar bagi persepsi orang lain. Seorang teman kerap meluah perasaannya kepada saya tentang masalah yang dihadapi. Agak sukar untuk memberi pandangan kerana saya tidak mengalaminya dan tiada pengalaman berkaitan. Tetapi sebaik mungkin saya cuba memberi pandangan walau kadang kala saya terfikir jika saya berada ditempatnya apa yang perlu dibuat. Walau teman saya merasakan dirinya sering berhadapan dengan masalah namun sebagai manusia kita harus sentiasa ingat bahawa ada orang lain yang lebih teruk keadaannya dari kita.
Bila difikir semula, saya bersyukur dengan apa yang saya ada tetapi itu tidak bermakna saya perlu berhenti mencuba dan mendapatkan apa jua peluang yang lebih baik di depan saya. Pada akhir setiap solat pasti ungkapan ini akan terluah ... ya Allah ya tuhanku kau permudahkanlah segala urusanku di dunia dan akhirat.... Memohon dengan serendah hati semoga setiap urusan saya akan dipermudahkan jalan dan lorong untuk saya menghadapinya.

Susahnya bila dah terlebih biasa

Memang susah nak sesuaikan sesuatu benda baru yang kita ada. hari ini ada extra time untuk tukar cat dan pandangan. Mulanya rasa ok tp macam tak ada chemistry lak... mengapa ye, adakah ini mainan minda, perasaan dan ilusi awangan semata. Tak pe kita cuba untuk dapatkan kesesuaian moga akan timbul keserasian akhirnya.
Macam nak bertemu jodoh pulak.
Biarlah masa yang menentukan dan jika tiada juga rasa itu tiba maka ... it's time for more changes in our lives. Kena lihat dan tunggu dahulu, mana tahu kita akan serasi juga akhirnya.

Tuesday, April 29, 2008

Letihnya melayan kerenah manusia..

Salam untuk semua, dah lama laman ni terabai akibat dari kesuntukan masa dan talian internet yang kurang baik. Rindu nak melayan diri disini. Buat rakan yang singgah (lily- yang asyik mendesak bila nak update) mintak maap banyak-banyak.
Sebenornya bila dah terlalu rasa stress membebel kat sini memang seronok. Sebelumini memang ada niat untuk ke sini, bercoleteh dan kemudian pergi ke laman-laman rakan sambil menconteng satu dua perkara namun talian dial-up yang lembab kerap menghalang. Hari ni macam-macam rasa ada .. sakit hati, suka hati, bengkek separa sedar pun ada. Masalah dengan manusia yang tak pernah reti nak jaga hati org lain. Kalau dia dijadikan sebagai insan perfect tu lain le. Tak boleh cerita panjang nanti dikira mengumpat pulak. ok till then ... Lily sorry this is just nothing, baca pun mesti buang masa. Cukup sekadar melepas apa yang terbuku dihati.