Saturday, January 31, 2009

Kegilaan yang tiada sudahnya ....

Asalnya hanyalah satu hadiah ketika zaman persekolahan dulu ... sayang nak digunakan dan akhirnya hilang dalam simpanan. Hilang pada saat rasa sayang itu masih menebal. Hingga kini rasa terkilan itu masih ada .. mungkin kerana diberi oleh teman baik, mungkin juga kerana beliau membelinya diluar negara atau mungkin juga kerana gambar London Bridge yang menghiasinya. Entahlah yang mana satu tetapi sampai hari ini ingatan pada benda itu tetap utuh. Terkilan kerana sepatutnya ia menjadi barang berharga dalam koleksiku. Namun apakan daya walau beribu dalam koleksi kini .. yang hilang itu jua dikenang siang dan malam.
Ada orang dah tanya ~ apa kegilaan ko yang sebenarnya?? Jawapannya dalam the next entry.

Tuesday, January 20, 2009

Seakan satu kemestian ...

Sejak beberapa bulan ni, seakan satu kemestian untuk pergi ke kedua laman yang pertamanya saya kenal dari bacaan majalah Midi .. yang sebenarnya juga menceritakan tentang pengalaman dan catatan peribadi beliau. Seorang prof yang sangat jujur ketika menulis namun penulisan yang santai itu mengandugi seribu cerita dan catatan yang menarik. Hati bagai ditarik-tarik untuk terus mencari bahan penulisan beliau yang lain. Dan laman yang kedua ditemui kerana membantu rakan mencari laman beliau kerana rakan ini bakal mendirikan rumahtangga dan beliau mahu bersedia dari segenap segi termasuklah dalam urus mengurus kewangan. Maka pertemuan yang pertama itu terus disusuli dengan kunjungan harian sehingga jika tiada entri baru yang masuk pada hari tersebut .. terasa seakan ada keluhan kecewa yang terasa.

Thursday, January 15, 2009

KWSP ke Pencen ..

Kelmarin telah dikumpulkan sekelian guru diserata Melaka untuk diberi taklimat dan merangkap membuat pemilihan option mengikut kehendak hati masing-masing. Keadaan di auditorium Masjid Al-Azim penuh sesak dengan guru dan PT. Ramai yang mengeluh kerana keadaan terlalu sesak .. bila kerusi dah penuh maka tangga pula menjadi sasaran. Pihak penganjur terpaksa membuat pengumuman meminta keutamaan diberi kepada mereka-mereka yang berkaitan atau dengan kata lainnya .. hanya untuk guru yang berada di skim KWSP dan PT sahaja.
Namun tiada orang yang kelihatan berganjak dari tempat masing-masing. Maka sesi taklimat pun berjalan dalam suasana padat sekali dan yang berdiri pasti lenguh kakinya tak terkira. Tawarannya sangat menarik dan pasti jika bukan kerana masalah kegawatan ekonomi global pasti tidak akan ada tawaran sebaik ini. Jika dikira saat ini, golongan pemilih KWSP ini dianggap golongan bertuah dan beruntung. Bertuah kerana diberi pilihan menukar option ke pencen dan diberi pula pencen dan ganjaran sama seperti penjawat awam yang lain. Beruntung pula kerana mempunyai tabungan dalam bentuk kapital yang telah terkumpul sejak hari pertama lantikan diterima. Maklumlah dah berbelas tahun mencarum tanpa pernah miss .. dan ada pula yang mencarum melebihi had yang sepatutnya. Agaknya jika kita mampu melihat masa hadapan, apakah agaknya pilihan kita diawal lantikan dulu?
Sesungguhnya hanya Dia yang tahu tentang ketentuan masa depan dan kita umatnya yang setia hanya mampu merancang dan terus berusaha untuk menjadi lebih baik.

Melaka oh Melaka ..
**Menara Taming Sari .. walau orang Melaka tp belum berkesempatan untuk ke sana. Jika pergi pun hanya sekadar untuk melepaskan hajat anak-anak. Memang menarik tapi keadaan trafik agak dasyat terutamanya jika dihari minggu.

Sunday, January 11, 2009

Bila Jop jadi ganas ...

Salam untuk semua. Setelah agak lama menjaga Jop yang diserang resdung hari tu .. akhirnya dah kembali sihat. Selera dah bertambah malah makan tak berhenti dan badannya sudah tidak seramping waktu sakit dahulu. Jop kini telah semakin gebu dan mengada-ngada malah cukup boleh dikatakan zalim pada adik2 yang kecil. Makan dah tak boleh berdekat dengan umat kucing yang lain. Tido pun dah ada tilam empuk sendiri dan biasalah malam tak boleh tido diluar rumah. Apa nak jadi dengan kucing hari ini .. hidup nak menyerupai manusia.


Jop yang semakin ganteng sekarang ni ...

Setelah seminggu ...

Rasanya baru lagi menghantar anak bujang ke sekolahnya .. second day dah dapat call untuk tetapkan weekend appointment kami. Maklumlah dah masuk tahun kedua disana .. agaknya takut kami buat-buat lupa untuk menziarahnnya. Nampak gaya dah dapat sesuaikan dirinya disana dan hati pun dah kurang risau. Malah pulang outing hari ini, dia rancak bercerita tentang aktiviti dan jadual barunya. Syukur everything goes well setakat ini.

Saturday, January 3, 2009

2009 .. tahun baru

River Cruise .. Menyusuri Sungai Melaka.
Kami mulakan dengan sesi river cruise sempena birthday atuk on 31 Dis. Anak2 cukup excited maklumlah dah rasa dulu dan kali nak bawa atuk pulak. Sampai di jeti Pengkalan Rama masih awal, orang pun belum ramai lagi. Kali ni trip river cruise bersama dengan pelancong dr Jepun. Atuk cukup seronok sebab banyak kenangan zaman kecilnya terimbau kembali.



Melangkah ke bot selepas 5 minit menunggu .. tak cukup korum nak bergerak sebab org tak ramai lagi.








Gambar berlatar belakangkan kincir angin .. tak bergerak tapi cukup unik dan mungkin mahu mengingatkan kita pada zaman penjajahan Belanda.







Atuk dan firdaus ..leka memerhati panorama sepanjang sungai Melaka.











Berlatar Kampung Morten .. yang jauh telah berubah wajah tapi tetap dengan nilai tradisi.



Kek Birthday atuk ...
Selesai sesi River Cruise kami pulang dan terus menyiapkan agenda kedua hari ini .. sebelum tu kena ambil kek yang ditempah dari sorang rakan. Cheese cake dia memang syok gila .. nasib baik walau last minute order dia sanggup buat. Thanx Kak Noreta.. Tak de formal pun tp tak sangka Tuk Ngah datang petang tu. So hanya kami dan anak-anak yang ada petang tu.


Ni le cheese cake yang sedap tak terkata tu .. Selamat Hari Lahir atuk yg ke 79.
Semoga atuk sihat dan panjang umur .. murah rezeki dan tahan dengan kerenah bebudak yang ramai ni.