Wednesday, May 13, 2009

Al Fatihah ...

Air mata yang mengalir ini masih tidak dapat dibendung. Pemergian arwah Nor Aishah amat dirasai ... anak saudara saya yang amat manja ini dan hanya berbeza usia 12 tahun dengan saya. Yang pernah satu ketika dulu, anak-anak saudara inilah yang saya banggakan seolah mereka ini adalah adik-adik saya. Setiap perbualan yang dibicarakan lewat sebelum arwah pulang memang banyak keganjilan. Namun tiada apa yang dirasa ketika itu kerana kita tidak menjangka apa yang bakal berlaku.
Beliau pergi diusia muda dan kami sekeluarga amat terkejut dengan pemergian ini. Namun yang pergi tetap akan pergi dan nyata arwah meninggalkan banyak perkara agar kami terus mengingati beliau.
Teringat saat kami berbual dalam nada santai .. berbual tentang banyak perkara, tentang harapan, tentang keseronokan bekerjanya dan sedikit tentang kekecewaannya.
Namun semua ini menjadi kenangan yang nyata dan akan membuatkan saya sentiasa mengingati arwah.
Semoga Aishah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan hari ini adalah hari ke 48 arwah tiada, hari ini baru saya ada kekuatan untuk menghabiskan entri ini.
Entri ini dimulakan pada hari ke4 arwah tiada namun saya gagal membendung rasa yang ada hingga gagal menyudahkannya hinggalah kehari ini. Saya tidak cukup kuat untuk menghadapi linangan air mata ini, saya tidak cukup untuk menahan sebak ini dan saya tidak malu untuk mengakuinya kepada sesiapa jua.
Kerana ingatan yang kuat terhadap arwah maka 'Patty' aka Pati mendapat rumah baru beliau. Patty seekor kucing oren yang singgah ke rumah dan terus tidak mahu pergi walau telah ditinggalkan (lebih baik bunyinya dari istilah dibuang) jauh untuk dia teruskan penghijrahannya namun Patty tetap kembali setelah beberapa hari ditinggalkan.
Pada malam sebelum arwah meninggal, kami cuba sekali lagi untuk meninggalkan Patty di tepi satu simpang. Hanya kami bertiga ketika itu (saya, hubby dan arwah) .. tugas itu berat tetapi saya tetap jua meninggalkan Patty di tepi simpang itu dan kami meneruskan perjalanan ke pekan. Dengan penuh harapan, moga kucing itu akan mendapat tempat baru dan bertuankan seorang yang budiman. Yang mengejutkan Patty kembali kepada kami pada petang arwah dikebumikan ... dan sejak itu kami terus mengambil Patty sebagai tanda ingatan yang berterusan kepada arwah. Biarlah tatkala saya memandang .. memberi makan dan membelai kucing ini... saya akan mengingati arwah. Biarlah Patty dan Jop akan sentiasa mengingatkan saya pada orang-orang yang saya sayangi... yang telah terlebih dahulu menyahut panggilaNya.
Al Fatihah buat arwah ibu ~ Allahyarhamah Maimunah bt Hamzah dan anak saudaraku ~ Allahyarhamah Nor Aishah bt Ahmad.

Saturday, May 2, 2009

Pencinta Filem


Apa maknanya ni .. jatuh cinta pada filem? Cintakan filem yang itu? atau hanya suka-suka menjadi pencinta pada filem?
Tanggungjawab dan tugas baru .. semuanya baru. tapi biasa kita hidup untuk belajar benda yang baru dan biasa 'adapt' pada yang baru sehingga akhirnya ia tidak lagi menjadi masalah dan akhirnya menjadi biasa dan lama.
Peningnya memikir untuk menukar dari persepsinya negatif menjadi positif. Dari segala keburukan merungkap kebaikan dan seterusnya meninggalkan yang tidak baik.