Thursday, May 15, 2008

Selamat merasai pengalaman baru .. wahai puteraku.


Untuk anakku yang berjaya memenangi pertandingan buku skrap ' alam maritim' anjuran Jab. Pelajaran Melaka. Program asal untuk pulang ke kampung sebaik cuti sekolah terpaksa ditangguh ke minggu ke-2. Tahniah dari ibu, abah dan adik-adik.....

Wednesday, May 14, 2008

Award kuberi tahun ini ..

Dah lama teringin nak sediakan award seperti ini but this year, I want to give this to my husband. Who always there for me ..... Thank you .. love you always. Pejam celik telah lebih 14 tahun berkongsi hidup dengannya. Pelbagai perubahan yang telah kami lalui: perubahan fizikal itu adalah satu kepastian namun perubahan dari segi emosi dan pemikiran juga ada. Bagaimana kita menangani satu-satu perubahan bergantung kepada banyak faktor namun yang penting kita perlu saling memikir antara satu sama lain agar masing-masing punya sikap saling menghormati dan menyayangi.
Bagi kami yang memulakan alam perkahwinan di usia muda, banyak kelebihan yang ada..... yang pasti bagaimana terbukanya kami menyatakan kasih antara satu sama lain menjadi ikutan anak-anak yang semakin membesar. Tidak perlu berasa malu untuk jalan sambil berpegangan tangan kerana itu bukannya satu dosa bagi pasangan suami isteri.

Harapan kami semoga ikatan ini akan terus mekar dan hangat tanpa mengira usia dan masa.

Sunday, May 11, 2008

Dilanjutkan lagi ..


Kelmarin kononnya kakitangan awam mendapat berita gembira termasuklah usia persaraan dilanjutkan ke angka 58. Jika dilihat kembali isu ini adalah antara yang mula-mula saya tulis sewaktu memasuki alam blog. Mampukah saya terus dengan karier ini sehingga diusia itu?? Secara peribadinya saya merasakan akan semakin suntuk masa diperuntukkan untuk diri ini jika saya terus memilih untuk bekerja sehingga usia itu. Saya mengharapkan masa bersara yang lebih awal dari kini agar saya dapat menikmati kehidupan yang lebih teratur untuk diri, suami dan keluarga. namun apa jua keputusan yang kita ambil semuanya bergantung kepada upaya diri sendiri. Selamat menyambung tugas hingga ke usia 58 ......Wassalam.

Ada apa dengan ibu mertua?

Seantero dunia merayakan hari ini sebagai satu hari istimewa buat semua ibu. Bagi saya adalah satu bonus jika anak-anak mengingati kita dihari ini tetapi apa gunanya jika 364 hari yang lain anak-anak tidak mengingati ibu mereka. Bagi saya yang kehilangan ibu pada usia 22 tahun, saya amat menghargai jasa ibu mertua kerana ibu saya meninggal ketika saya baru 11 bulan melayari alam rumahtangga dan diketika itu juga saya sedang sarat mengandung putera sulong. Genap 60 hari kehilangan ibu, saya melahirkan putera sulong ini. Saratnya bebanan jiwa yang ditanggung hanya Allah yang maha mengetahui namun disebalik kehilangan itu saya mendapat bimbingan dari seorang ibu mertua yang cukup baik dan prihatin.
Setelah menginjak usia pertengahan 30-an, saya pasti banyak tingkah laku dan perbuatan saya mungkin menyentuh perasaan beliau (maklumlah berada diusia muda) tapi tidak pernah sekali saya ditegur secara terang-terangan malah banyak nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberi. Saya dan ibu mertua bukanlah berasal dari daerah yang sama maka pertuturan, makanan dan sedikit kebiasaan harian agak berbeza namun beliau menerima saya sebagai ahli baru keluarganya dengan begitu terbuka sekali. Tidak sekali pun antara kami bermasam muka malah saya menghormati dan menyayangi beliau seperti ibu sendiri.
Syukur saya ke hadrat yang Esa kerana walau saya tidak dapat bermanja dan merasa bimbingan ibu sendiri ketika saat saya baru melayari alam rumahtangga namun saya telah dikurniakan ibu mertua yang cukup memahami, cukup baik malahan cukup untuk menggantikan kekosongan sebagai seorang ibu kepada saya. Malah sempat saya titipkan pada rakan yang bermasalah dengan ibu mertua, bahawa bagaimana Allah mengasihani saya lantas memberikan saya seorang ibu mertua yang baik dan begitu memahami. Rasanya sejak saya mula mengahwini putera sulongnya, saya tidak pernah berasa terpinggir bila berada disamping beliau.
Doa saya semoga arwah ibu (Hjh Maimunah Hamzah) ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Dan buat ibu mertua saya (Pn. Che Som Abd Rahman) semoga hidupnya sentiasa dilimpahi kebahagian dan ketenangan disisi suami, anak-menantu dan cucu-cucu.

Terima kasih juga buat suami dan anak-anak yang telah memberi surprise present .. terima kasih juga buat teman yg menghantar sms hari ibu.

To all mothers out there :
motherhood is a tough 24-hour job. No pay, no days off, most often unappreciated and yet to resign is impossible! Happy Mothers Day..

Saturday, May 10, 2008

Hidup bebas tanpa masalah


Dah lama terfikir nak merapu pasal tajuk ini. Ialah bila usia dah meningkat yang pasti tanggungjawab juga kian bertambah. Tak tercapai dek akal ni bila nak recall semula bila kali terakhir hidup ini bebas tanpa masalah. Relatifnya masalah itu sendiri hadir dalam setiap kehidupan. Kadang kala berat kadang kala ringan dan mudah untuk diselesaikan. Masalah juga adalah satu bentuk ujian dari yang maha Esa untuk umatnya. Bagaimana kita menghadapi dan bagaimana kita bertindak mengatasinya pasti ada kaitan dengan keupayaan diri kita sendiri.
Kekadang perkara kecil yang kita anggap remeh dan tiada apa boleh menjadi perkara besar bagi persepsi orang lain. Seorang teman kerap meluah perasaannya kepada saya tentang masalah yang dihadapi. Agak sukar untuk memberi pandangan kerana saya tidak mengalaminya dan tiada pengalaman berkaitan. Tetapi sebaik mungkin saya cuba memberi pandangan walau kadang kala saya terfikir jika saya berada ditempatnya apa yang perlu dibuat. Walau teman saya merasakan dirinya sering berhadapan dengan masalah namun sebagai manusia kita harus sentiasa ingat bahawa ada orang lain yang lebih teruk keadaannya dari kita.
Bila difikir semula, saya bersyukur dengan apa yang saya ada tetapi itu tidak bermakna saya perlu berhenti mencuba dan mendapatkan apa jua peluang yang lebih baik di depan saya. Pada akhir setiap solat pasti ungkapan ini akan terluah ... ya Allah ya tuhanku kau permudahkanlah segala urusanku di dunia dan akhirat.... Memohon dengan serendah hati semoga setiap urusan saya akan dipermudahkan jalan dan lorong untuk saya menghadapinya.

Susahnya bila dah terlebih biasa

Memang susah nak sesuaikan sesuatu benda baru yang kita ada. hari ini ada extra time untuk tukar cat dan pandangan. Mulanya rasa ok tp macam tak ada chemistry lak... mengapa ye, adakah ini mainan minda, perasaan dan ilusi awangan semata. Tak pe kita cuba untuk dapatkan kesesuaian moga akan timbul keserasian akhirnya.
Macam nak bertemu jodoh pulak.
Biarlah masa yang menentukan dan jika tiada juga rasa itu tiba maka ... it's time for more changes in our lives. Kena lihat dan tunggu dahulu, mana tahu kita akan serasi juga akhirnya.

Tuesday, April 29, 2008

Letihnya melayan kerenah manusia..

Salam untuk semua, dah lama laman ni terabai akibat dari kesuntukan masa dan talian internet yang kurang baik. Rindu nak melayan diri disini. Buat rakan yang singgah (lily- yang asyik mendesak bila nak update) mintak maap banyak-banyak.
Sebenornya bila dah terlalu rasa stress membebel kat sini memang seronok. Sebelumini memang ada niat untuk ke sini, bercoleteh dan kemudian pergi ke laman-laman rakan sambil menconteng satu dua perkara namun talian dial-up yang lembab kerap menghalang. Hari ni macam-macam rasa ada .. sakit hati, suka hati, bengkek separa sedar pun ada. Masalah dengan manusia yang tak pernah reti nak jaga hati org lain. Kalau dia dijadikan sebagai insan perfect tu lain le. Tak boleh cerita panjang nanti dikira mengumpat pulak. ok till then ... Lily sorry this is just nothing, baca pun mesti buang masa. Cukup sekadar melepas apa yang terbuku dihati.