Wednesday, May 13, 2009

Al Fatihah ...

Air mata yang mengalir ini masih tidak dapat dibendung. Pemergian arwah Nor Aishah amat dirasai ... anak saudara saya yang amat manja ini dan hanya berbeza usia 12 tahun dengan saya. Yang pernah satu ketika dulu, anak-anak saudara inilah yang saya banggakan seolah mereka ini adalah adik-adik saya. Setiap perbualan yang dibicarakan lewat sebelum arwah pulang memang banyak keganjilan. Namun tiada apa yang dirasa ketika itu kerana kita tidak menjangka apa yang bakal berlaku.
Beliau pergi diusia muda dan kami sekeluarga amat terkejut dengan pemergian ini. Namun yang pergi tetap akan pergi dan nyata arwah meninggalkan banyak perkara agar kami terus mengingati beliau.
Teringat saat kami berbual dalam nada santai .. berbual tentang banyak perkara, tentang harapan, tentang keseronokan bekerjanya dan sedikit tentang kekecewaannya.
Namun semua ini menjadi kenangan yang nyata dan akan membuatkan saya sentiasa mengingati arwah.
Semoga Aishah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan hari ini adalah hari ke 48 arwah tiada, hari ini baru saya ada kekuatan untuk menghabiskan entri ini.
Entri ini dimulakan pada hari ke4 arwah tiada namun saya gagal membendung rasa yang ada hingga gagal menyudahkannya hinggalah kehari ini. Saya tidak cukup kuat untuk menghadapi linangan air mata ini, saya tidak cukup untuk menahan sebak ini dan saya tidak malu untuk mengakuinya kepada sesiapa jua.
Kerana ingatan yang kuat terhadap arwah maka 'Patty' aka Pati mendapat rumah baru beliau. Patty seekor kucing oren yang singgah ke rumah dan terus tidak mahu pergi walau telah ditinggalkan (lebih baik bunyinya dari istilah dibuang) jauh untuk dia teruskan penghijrahannya namun Patty tetap kembali setelah beberapa hari ditinggalkan.
Pada malam sebelum arwah meninggal, kami cuba sekali lagi untuk meninggalkan Patty di tepi satu simpang. Hanya kami bertiga ketika itu (saya, hubby dan arwah) .. tugas itu berat tetapi saya tetap jua meninggalkan Patty di tepi simpang itu dan kami meneruskan perjalanan ke pekan. Dengan penuh harapan, moga kucing itu akan mendapat tempat baru dan bertuankan seorang yang budiman. Yang mengejutkan Patty kembali kepada kami pada petang arwah dikebumikan ... dan sejak itu kami terus mengambil Patty sebagai tanda ingatan yang berterusan kepada arwah. Biarlah tatkala saya memandang .. memberi makan dan membelai kucing ini... saya akan mengingati arwah. Biarlah Patty dan Jop akan sentiasa mengingatkan saya pada orang-orang yang saya sayangi... yang telah terlebih dahulu menyahut panggilaNya.
Al Fatihah buat arwah ibu ~ Allahyarhamah Maimunah bt Hamzah dan anak saudaraku ~ Allahyarhamah Nor Aishah bt Ahmad.

Saturday, May 2, 2009

Pencinta Filem


Apa maknanya ni .. jatuh cinta pada filem? Cintakan filem yang itu? atau hanya suka-suka menjadi pencinta pada filem?
Tanggungjawab dan tugas baru .. semuanya baru. tapi biasa kita hidup untuk belajar benda yang baru dan biasa 'adapt' pada yang baru sehingga akhirnya ia tidak lagi menjadi masalah dan akhirnya menjadi biasa dan lama.
Peningnya memikir untuk menukar dari persepsinya negatif menjadi positif. Dari segala keburukan merungkap kebaikan dan seterusnya meninggalkan yang tidak baik.

Monday, April 27, 2009

I'm losing the touch ...

Minggu ini minggu yang sedih, not because of my knee pain but more to the frustration towards my pain ... and it was caused by bowling. I left bowling for quite a long years and out of a sudden, the urge to play comes again.
We were supposed to have a bowling tournament or more like a practise then a few players will be selected for the state tournament .. so there I go again reaching for the ball.
The first time was ok .. then I went for the second time. Tak puas hati tu, jauh dari my average score dulu. Dulu referring to many-many years back. Hubby decided that we should try the A famosa bowling alley since the place is nearer to my school.
We arrived around 4.30 pm. Our car was the only car at the car park (the bowling alley is at the Cowboy Town) and the place was creepy ..
Again .. we were the only person there, bayangkan with 12 lanes alley hanya 1 diguna. And don't mention about the sound of the machines there. Plus mahal gila, just imagined .. RM9 per game.
We won't go there again itu yang pasti ...
balik rumah, the pain was terrible. Awat dulu ok je, but now I'm having this pain?
Is it a sign of aging .. hello a lot of other older bowlers can still play, dashyat lagi?
or should I get a pair of knee brace so I can continue and play more next time??
Let's wait and see ....

Wednesday, April 22, 2009

Teringat zaman dulu .. Dionne Warwick

That's what friends are for
And I never thought I'd feel this way
And as far as I'm concerned
I'm glad I got the chance to say
That I do believe I love you

And if I should ever go away
Well, then close your eyes and try to feel
The way we do today
And then if you can remember

Keep smilin', keep shinin'
Knowin' you can always count on me, for sure
That's what friends are for
For good times and bad times
I'll be on your side forever more
That's what friends are for

Well, you came and opened me
And now there's so much more I see
And so by the way I thank you

Whoa, and then for the times when we're apart
Well, then close your eyes and know
These words are comin' from my heart
And then if you can remember, oh

Keep smiling, keep shining
Knowing you can always count on me, for sure
That's what friends are for
In good times, in bad times
I'll be on your side forever more
Oh, that's what friends are for

Whoa... oh... oh... keep smilin', keep shinin'
Knowin' you can always count on me, for sure
That's what friends are for
For good times and bad times
I'll be on your side forever more
That's what friends are for

Keep smilin', keep shinin'
Knowin' you can always count on me, oh, for sure
'Cause I tell you that's what friends are for
For good times and for bad times
I'll be on your side forever more
That's what friends are for (That's what friends are for)

On me, for sure
That's what friends are for
Keep smilin', keep shinin'

Saturday, March 28, 2009

Earth hour again ...

Last year , this issue macam suam-suam kuku coz not much of campaign maybe.. but last year we did our best taking part in this because of a newspaper article which my son includes in his science project. Then the celoteh from one of the radio station, can't remember which one .. The DJ did mention about this but then it didn't sound that important. So the next day I went to class, I started my lesson by asking my students about this campaign... how did they response to it??

We did hear - no idea about it
Entah .. ada perubahan ke teacher kalau tutup satu jam..???
a waste of energy .. (adei sgt brilliant jawapan ni)

OK .. that was from last year's past experience. For this year I did a few talks and campaigns to my students about this matter and hopefully there is going to be a better response on Monday.
Always hoping for the better ... :)

Friday, March 6, 2009

Bahagia tanpa syarat ...

Sangat menarik dan 'catchy' tajuk ni sewaktu pertama kali mendengarnya di Radio Era. Mengikut Dr Fadzillah Kamsah, kita akan lebih bahagia jika memberi tanpa ada syarat.

Maksudnya, apa jua tindakan mahupun perancangan kita akan lebih mudah dicapai jika kita tidak mengenakan syarat padanya.

Serupa juga jika kita ingin membantu tetapi pada waktu yang sama kita mengenakan syarat. Pertolongan itu pasti tidak memberi apa-apa makna kerana kita tidak membantu dengan sepenuh hati dan yang menerima pula pasti tidak mempunyai pilihan lain selain bersetuju. Tiada apa yang menyumbang kepada bahagia dan senang disini selain dari akal yang mengingat dan hati yang berkata-kata.

Tajuk yang besar pengertiannya namun cukup ringan dipandang orang. Life is short, make it sweet and memorable. :)

Wednesday, March 4, 2009

Gawat .. antara untung dan rugi

Suku pertama 2009 bakal berakhir dan senario ekonominya agak kurang memberansangkan bagi sesetengah orang namun bagi group adik2 yang berani ini .. pasti ada hikmahnya.
saya gemar menggunakan gelaran ini kerana bukan semua orang mempunyai semangat seperti mereka.

Mereka ini sangat bijak mengatur langkah dan memanipulasi keadaan semasa sehingga berjaya menukar status gawat kepada keadaan yang menguntungkan.

Biarpun mampu beroleh keuntungan namun semangat bekerja dan mencari 'job' tanpa mengira penat itu boleh dianggap berbaloi dengan apa yang telah diusahakan.

Salute saya pada jiwa muda ini yang cekap mengintai peluang dan pada masa yang sama turut memberi khidmat nasihat percuma dan secara terbuka.

Keupayaan kita bergantung juga kepada keadaan semasa kita. Jika dah hutang keliling pinggang, bapak semangat pun yang datang tak akan merubah apa-apa. So apa jua tindakan yang ingin diambil perlu mengukur dibadan sendiri. :)