Sunday, September 21, 2008

Wah .. untung berganda ni

12 Sept datang lagi , tambah setahun lagi usia. Sudah semakin hampir ke angka 40. Semuanya seperti tahun-tahun yang sudah hanya meraikan bersama hubby dan anak-anak. Thanks everyone .. but this year ada satu parcel misteri yang tiba on that day. Suspen tu memikirkan apa dan dari mana. Ikut address macam publisher je. Rupa-rupanya dapat hadiah dari Reader's digest dan yang bestnya buku yang diberi memang BEST dan sesuai untuk mini library kami. thank you to reader's digest. Memang lama teringin nak beli this type of book for our mini library but then think again the price ... adoi .. terus pendam hasrat. Rupa-rupanya hadiah itu untuk one of the reader suvey tentang environmental issue. Best kan dapat hadiah unexpectedly terutamanya on our special day. Thanks again RD.

Jop ku yang manja ..

Manusia bisa bersahabat dengan sesiapa sahaja. Mungkin ada benarnya kerana kita cepat terikat dengan sesuatu yang baik dan indah. Bagi kami sekeluarga, kucing jantan berwarna oren ini sangat istimewa. Malah manjanya menjadi-jadi bila semakin ramai orang bertandang kerumah. Dan yang lebih penting dan penuh sentimental ... Jop Jippo adalah legasi terakhir peninggalan arwah ibu. Arwah bukanlah penggemar kucing tetapi atas rasa belas pada haiwan ini maka jumlah kucing ini meningkat dari tahun ke tahun. Setelah 13 tahun arwah tiada, Jop adalah antara peninggalan beliau yang amat kami sayangi. Melihat Jop dan memberinya makan mengingatkan kami padi arwah yang tiada.

*Menunggu kami pulang dari ofis dan minta untuk join tidur. Gambar ini disaat Jop sedang diulit mimpi lena.



Monday, July 14, 2008

Wednesday, May 28, 2008

JOM balik kampung ..



















Ini yang kami tunggu-tunggu, saat dapat pulang menjenguk kampung. Itu untungnya kami yang menetap di Melaka maka jadinya Pulau Pinang jadi kampung kami. Walau hanya menumpang balik ke kampung orang (suami saya org sana) tapi seronoknya tak boleh nak cakap. Anak-anak jangan ceritalah. Sebelum cuti lagi dah ingatkan tentang program balik kampung. Yang pasti perjalanan 5-6 jam akan ditempuhi dengan penuh keseronokkan ... dan keceriaan.

Tuesday, May 27, 2008

Pandang saja ke depan, jangan pandang belakang

Satu perkara biasa bila kita diminta memandang ke depan, usah dikenang peristiwa yang lepas malah melangkah untuk sentiasa mencari yang terbaik, mungkin yang lebih baik dari apa yang kita ada hari ini. Namun apa yang ada dibelakang kita .. our past .. our bitter sweet memories .. atau apa jua yang kita panggil adalah sebahagian dari masa lalu yang telah kita hadapi. Banyak yang boleh kita perolehi dari masa lalu selain dari pengalaman yang mematangkan hidup. Yang pasti apa yang telah kita lalui tidak akan sama rasanya walau kita mengalaminya pada kali kedua.
Nilai kepuasan yang subjektif ini mungkin relevan dengan pentingnya sesuatu event itu kepada kita. Jika ia lebih penting maka kita akan mengingatinya lebih lama akibat dari kesan keseronokkan/kesedihannya. Sejak bermulanya 2008, saya dan suami berazam untuk menghubungkan semula rakan-rakan kolej di Maktab Perguruan yang telah lama terpisah. Agak 14 tahun tidak bertemu dan tidak bertanya khabar .. entah bagaimana agaknya mereka maka kenangan zaman lalu banyak memeriahkan alam blog kami. Pelbagai reaksi terakam malah ada yang ketika pertama kali berjumpa hanya gelak tawa dan pelukan mesra yang mampu terluah tanda betapa bersyukurnya kepada yang Satu ... kita masih ada peluang bertemu, bermesra dan berkenal semula.
Maka nilai persahabatn itu rasanya kembali kukuh terjalin dan lebih indah kita berpeluang mengenalkan ahli keluarga masing-masing kepada teman yang lain. Semoga kita dikurniakan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat, diberikan tahap kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia selain rezeki yang melimpah ruah untuk kita kongsi bersama. Wassalam...

Sunday, May 25, 2008

Akan hilangkah kampungku .. Part 1

Berita yang penuh emosi dan tragis ini bermula pada awal bulan Mei yang lepas apabila diberitahu yang tanah dikampungku akan diambil untuk projek laluan jalan 4 lorong dan landasan keretapi berkembar dari Pulau Sebang ke Batu Berendam oleh kerajaan negeri. Bayangkan berapa banyak kampung-kampung tradisi yang akan lenyap kerana projek yang kononnya untuk generasi akan datang. Yang lebih mengharukan penempatan semula akan dibuat bagi tujuan ini. Projek bilion ringgit yang akan dilaksanakan oleh kerajaan pilihan rakyat sejurus habis pilihanraya. Boleh dikatakan sebagai hadiah kerana memilih pimpinan sekarang.
Pelbagai reaksi marah dan geram dilemparkan kerana atas apa jua alasan, mengapa rakyat yang kian dihimpit dengan pembangunan yang pastinya hanya menguntungkan satu pihak. Malah kepada rakyat yang menolak projek ini maka kami digelar orang yang mementingkan diri sendiri. Tidak mahu memikir tentang generasi akan datang.. dah tak ade idea lainlah tu.
Yang pasti ini isu kita .. isu yang menindas kita secara terang-terangan dan isu yang perlu kita tangani secara terang-terangan. Bangkit wahai generasi pewaris Pulau Sebang, Tanjung Rimau Dalam, Padang Sebang, Gadek dan lain-lain yang menerima nasib yang sama. Ini warisan nenek moyang kita, telapak generasi akan datang. Jangan kita biarkan orang lain merampasnya sesenang hati mereka.

Tuesday, May 20, 2008

Aduh Lalainya..

Salam untuk semua,
Seronoknya dapat bercuti panjang dihujung minggu. Terasa diri masih perlu bermalas-malas di peraduan saat jam loceng berbunyi. Bangun alam keadaan separa sedar, sayacuba mengingat apa kerja yang perlu dibuat dan dibereskan sepanjang hari ini. Ingat punya ingat tiba-tiba terbayang tugas pertama pagi ini, mengedarkan 40 set kertas kepada yang berkenaan.Mulanya tiada perasaan cemas hadir kerana itu hanyalah rutin biasa saya namun bila teringat yang kertas edaran itu sebenarnya masih belum disusun dan diklip.. saya terus mengelabah. Serasa seram sejuk badan dan jangankan peluh jantan, segala jenis peluh sudah berlumba-luma untuk keluar. Mujur kertas yang telah siap diperbanyakkan itu saya bawa pulang jika tidak ... tak dapatlah saya nak bayangkan apa yang akan berlaku.
Cik abang hanya geleng kepala melihat kekalutan saya. Saya buat muka selamba kerana takut dibebel seawal jam 5.40 pagi. Tangan saya pula cukup tidak efisien kerana lagi laju saya bergerak lagi banyak halangan yang ada .. sambil itu juga mata asyik dok menjeling pada jam didinding. Teringat juga yang saya sepatutnya masak nasi goreng untuk sarapan, bahannya semua dah siap. Aduh gawat ni, cik abang buat tak faham je .. anak-anak perlu bersarapan kerana hari ni juga ada peperiksaan di sekolahnya. Tak kan nak biar anak-anak pergi kesekolah dengan perut kosong?
Akhirnya setelah separuh jalan, cik abang suruh saya uruskan hal dapur.. dia nak tolong sambung. Syukur akhirnya ada pertolongan dan syukur juga cik abangku tak membebel langsung pasal kecuaianku ini. Akhirnya menjelang jam 6.05 pagi semuanya selesai. Baru boleh nampak wajahku tersengih kerana senang hati.

On the other side ...
Walau sekalut manapun saya pagi tadi, saya amat bersyukur kerana saya boleh teringatkan tugasan itu dan sempat menyiapkannya. Bayangkan jika terlupa terus dan pasti saya telah menyushkan ramai orang. Tetapi yang pasti apa yang berlaku pagi tadi menyebabkan saya terfikir dan lantas terus berazam .. I should make a long list about what I plan to do. Agaknya umur dah makin meningkat maka menyiapkan tugasan dah tak boleh main terjah sahaja. Semalam melelapkan mata malam tadi, saya sempat merayau ke laman blog kak long Syikin yang sedang dalam usaha menyiapkan PHD nya. Serasa semangat belajar kak long meresap ke diri .. memikirkan anak-nank yang kini silih berganti mengambil UPSR / PMR buat saya berfikir panjang untuk itu. Apapun kita hanya mampu merancang untuk yang terbaik namun yang menentukan bukan lagi terletak ditangan kita. Semoga apa yang saya rancang akan dipermudahkan jalannya .. Amin.