Saturday, January 3, 2009

2009 .. tahun baru

River Cruise .. Menyusuri Sungai Melaka.
Kami mulakan dengan sesi river cruise sempena birthday atuk on 31 Dis. Anak2 cukup excited maklumlah dah rasa dulu dan kali nak bawa atuk pulak. Sampai di jeti Pengkalan Rama masih awal, orang pun belum ramai lagi. Kali ni trip river cruise bersama dengan pelancong dr Jepun. Atuk cukup seronok sebab banyak kenangan zaman kecilnya terimbau kembali.



Melangkah ke bot selepas 5 minit menunggu .. tak cukup korum nak bergerak sebab org tak ramai lagi.








Gambar berlatar belakangkan kincir angin .. tak bergerak tapi cukup unik dan mungkin mahu mengingatkan kita pada zaman penjajahan Belanda.







Atuk dan firdaus ..leka memerhati panorama sepanjang sungai Melaka.











Berlatar Kampung Morten .. yang jauh telah berubah wajah tapi tetap dengan nilai tradisi.



Kek Birthday atuk ...
Selesai sesi River Cruise kami pulang dan terus menyiapkan agenda kedua hari ini .. sebelum tu kena ambil kek yang ditempah dari sorang rakan. Cheese cake dia memang syok gila .. nasib baik walau last minute order dia sanggup buat. Thanx Kak Noreta.. Tak de formal pun tp tak sangka Tuk Ngah datang petang tu. So hanya kami dan anak-anak yang ada petang tu.


Ni le cheese cake yang sedap tak terkata tu .. Selamat Hari Lahir atuk yg ke 79.
Semoga atuk sihat dan panjang umur .. murah rezeki dan tahan dengan kerenah bebudak yang ramai ni.

3 comments:

Anonymous said...

Lama dah tak jumpa atuk .. sejak tahun bila ye .. 1987 kot.

Anonymous said...

seronok tengok family ourting macam ni .. syabas kak n family.

Anonymous said...

Lily - tu masa zaman sunti kita tu.. bila lagi nak dtg sini?

Seri Yani - welcome.. nak jalan jauh tak larat badan, cari le tmpat yg dekat depan mata.