Saturday, January 2, 2010

Setahun yang berlalu ..

Tahun ini seperti tahun yang sebelumnya, saya tidak menghantar apa-apa ucapan atau 'wish' tahun baru kepada rakan mahupun saudara mara.
Saya hanya membalas email atau sms yang dihantar kepada saya sebagai tanda terima kasih saya kepada mereka dan keluarga.
Terlalu banyak yang perlu dirancang, diteliti sebelum mampu dilaksanakan sepanjang 2010 ini.

Ada kegagalan yang menyentap seketika ketenangan saya di tahun 2009.

Ada peristiwa yang sedikit sebanyak mengguris dan meninggalkan kesan calar yang belum pulih.

Ada peristiwa yang cukup menggembirakan dan telah melahirkan kesenangan di hati saya.

Ada peristiwa yang cukup sedih sehingga mampu menitiskan airmata bila saya kenang.

Ada rancangan yang masih tinggal rancangan kerana tiada susulan tindakan.

Ada rasa yang saya tidak dapat lepaskan seolah-olah saya seperti berdendam sesuatu.

Ada sisa marah dalam diri terhadap beberapa momen yang berlaku.

Ada rasa riang dan syukur kerana saya telah memilih untuk sesuatu yang baik.


Secara keseluruhannya, nyata saya mampu mengeluarkan lebih rasa kecewa dari gembira. Seolah banyak duka dari bahagia. Tetapi itu realitinya dalam hidup. Perkara yang tidak membahagiakan dan menyedihkan itu sukar dilepaskan. Yang membuat kita tersenyum dan riang itu kerap dilupakan. Malah saya mampu mengingat perkara yang mengecewakan itu lebih lama dari yang lain. Bukan berdendam tapi ingatan itu nyata tegar untuk dilupakan.

3 comments:

Anonymous said...

Wahai sahabat....beginilah situasi dan realiti hidup kita.....yang pahit itulah paling berkesan di hati...dan jangan lupa pahit itulah yang mendorong kita untuk merubah sesuatu.........hanya doa yang terbaik buatmu sahabat..moga dirahmai ALLAH selalu..amin.

Anonymous said...

Wahai sahabat....beginilah situasi dan realiti hidup kita.....yang pahit itulah paling berkesan di hati...dan jangan lupa pahit itulah yang mendorong kita untuk merubah sesuatu.........hanya doa yang terbaik buatmu sahabat..moga dirahmai ALLAH selalu..amin.

Adiana said...

terima kasih sahabat.. memang lumrahnya kita diuji dengan pelbagai perkara. Kena muhasabah diri dalam banyak hal..