Thursday, May 24, 2007

Muhasabah Diri - Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi


Salam buat semua.
Saban hari ada saja bahan bacaan yang singgah di pembacaan kita. Saya amat menghargai masa yang dapat saya luangkan dengan membaca. Tak kira apa jua bahan yang ada.. dari novel mahupun sisa majalah edisi lama .. saya akan tetap luangkan masa saya.
Namun lewat pembacaan saya, hati dan minda tertarik pada artikel yang bertajuk di atas. berulang kali saya membacanya... sambil memutar senario masa kini. Saya ambil petikan dari majalah MIDI- 15 Mei ini..
Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan ,itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Jika kejahatan dibalas kebaikan pula, itu adalah mulia dan tepuji.

Kita jangan selalu mengharap kerana mengharap tidak pasti tertunai tetapi kita boleh bersabar kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan.
Banyak lagi artikel menarik yang ada, nampaknya seperti biasa namun makna yang tersirat itu amat dalam dan penuh makna. Saya letakkan diri saya sebagai insan kecil yang masih belajar dan saya amat suka dengan frasa ' ini adalah antara benda baru yang saya belajar ... '. Diharap dengan sentiasa mengakui kekurangan diri akan membuat saya untuk terus berdiri dan mencari ruang untuk kekal mengejar ilmu.. Wassalam

2 comments:

Anonymous said...

tahniah cikgu, nampak nya artikel baru ni, interesting dan teruja nak baca.

Anonymous said...

banyak pengajarannya.. terus saya dapatkan midi. tq kerana konsi maklumat ini..