Friday, March 6, 2009

Bahagia tanpa syarat ...

Sangat menarik dan 'catchy' tajuk ni sewaktu pertama kali mendengarnya di Radio Era. Mengikut Dr Fadzillah Kamsah, kita akan lebih bahagia jika memberi tanpa ada syarat.

Maksudnya, apa jua tindakan mahupun perancangan kita akan lebih mudah dicapai jika kita tidak mengenakan syarat padanya.

Serupa juga jika kita ingin membantu tetapi pada waktu yang sama kita mengenakan syarat. Pertolongan itu pasti tidak memberi apa-apa makna kerana kita tidak membantu dengan sepenuh hati dan yang menerima pula pasti tidak mempunyai pilihan lain selain bersetuju. Tiada apa yang menyumbang kepada bahagia dan senang disini selain dari akal yang mengingat dan hati yang berkata-kata.

Tajuk yang besar pengertiannya namun cukup ringan dipandang orang. Life is short, make it sweet and memorable. :)

2 comments:

Anonymous said...

ya.. pernah dengar ni kat Era tp apasal aku tak pernah amek pot pun...

Adiana said...

bunyinya memamng macam tak penting tp cara Dr sampaikan ... siap dgn gelak2 nakal tu yg buatnya spesel.

Bila nak dtg sini? Fizah ada kat mlaka jg. Jom serbu rmh dia.......