Thursday, September 3, 2009

Mimpi di awal Bulan Ramadhan

Pada awal Ramadhan yang lalu saya bermimpi berjumpa dengan arwah anak saudara saya. Saya tidak perasan lokasinya dimana kerana di dalam mimpi itu saya terlalu sibuk melayan arwah yang sedang menunjukkan kaki kanannya yang sakit dan terdapat sedikit lebam. ya Allah .. saya dan dia sedang berbicara di dalam mimpi. Wajahnya ceria dan arwah cuma mengadu kakinya yang sakit.

Bila saya katakan pada suami, katanya saya terlalu kerap mengingat arwah kerana harijadinya yang bakal tiba (30 Ogos). Semasa hayatnya saya tidak pernah memberi apa-apa hadiah sempena hari jadinya.. dan antara yang kami bualkan pada malam terakhir beliau adalah tentang mengingat tarikh lahirnya.

Besarnya kekuasaan yang Maha Esa kerana saya seolah-olah bertemu semula dengan arwah .. seperti di alam nyata, seolah-olah perkara itu benar dan bukannya mimpi.
Seperti mahu mengembalikan ingatan dan kenangan saya. Syukur saya mendapat mimpi seperti ini.
Al-Fatihah untuk arwah Nor Aishah dan arwah ibu Maimunah Hamzah.

2 comments:

Anonymous said...

al-Fatihah ..

adiana said...

TQ ..