Monday, September 7, 2009

Pengalaman Baru ..

Angah .. anak kedua kami bakal menghadapi peperiksaan UPSR esok. Pasti dia berdebar kerana ini merupakan langkah pertamanya menghadapi ujian besar yang bakal menentukan ke mana
arah dan langkahnya untuk tahun-tahun akan datang.

Setiap kali anak-anak berada di tahun 6, kami berdua akan pening kepala memikir .. jika tiada tawaran ke sekolah-sekolah pilihan, ke mana akan kami letakkan anak ini. Sekolah mana disekitar sini yang akan menjadi pilihan. Setiap baik dan buruk kami pertimbangkan walau halangan paling besar kami adalah saya tidak memandu.

Angah .. tidaklah tekun sangat kecuali jika disuruh dan dipaksa. Dia sangat mementingkan waktu santai dan lebih banyak berehat dari menelaah. Namun entah mengapa saya amat yakin dengan beliau. Bukan kejayaan 5A peringkat UPSR yang akan menentukan kejayaan hidupnya tetapi jika berjaya ini merupakan bonus kejayaan pertamanya.

Walau apapun, kami tahu dia cuba sebaik mungkin untuk mendapat keputusan yang baik.
Kami hanya berdoa agar segala urusan Angah ketika menjawab soalan akan dipermudahkan dan Angah mendapat 5A impiannya. Semoga beliau dikurniakan kejayaan yang bakal menjadi pembuka kepada kejayaan-kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

1 comment:

Anonymous said...

Dak angah ke? dah besar yek..