Thursday, December 24, 2009

Di mana Blau...??

Kisah anak saudara yang telah diposting jauh ke Blau. Tidak pernah terlintas untuk pergi ke sana malah menyebutnya juga tidak pernah. Akhirnya bila dikhabarkan tentang kelayakan mendapat elaun sebanyak RM500 kerana berada di kawasan pedalaman, menyedarkan kami betapa jauhnya perjalanan beliau.

Tidak terlintas untuk membuat carian (menggoogle) apatah lagi untuk mencari gambar keadaan bakal tempat bertugasnya.
Maklumat awal SK Blau terletak dalam jajahan Gua Musang dan berada 70 KM dari pekan Gua Musang. Kami membayangkan jalan tanah merah dan laluan balak untuk sampai ke sana. Kami bayangkan keadaan sekolah yang daif terbina dari papan dan separa batu. Kami bayangkan tiada langsung kemudahan fizikal di sana. Semua gurunya lelaki dan hanya seorang Pembantu Pengurusan Muridnya perempuan.

Apa lagi yang boleh dikatakan dengan tempat yang kedudukannya jauh ke dalam. Apa lagi yang mampu difikir minda bila ia dikategorikan sebagai kawasan pedalaman satu. Muridnya semua dari kalangan orang asli yang kebanyakkannya tinggal jauh dari sekolah. Mereka tinggal di asrama. Mampukah beliau mengharung hari-hari mendatangnya di sana.

Tiada apa yang menyenangkan hati kami bila berbicara tentang posting ini. Tiada apa yang dapat memberi sedikit kelegaan dan mengurangkan beban minda bila memikir kisah Blau. Namun empunya badan kelihatan agak yakin untuk berada di sana.. cuma kami yang berada disekeliling beliau gusar dan bimbang.

2 comments:

bakong2009 said...

sebenarnya aku dah penah pegi kat sana. biasala...masa aku rajin berjalan..tempat yg penuh dg kemanusiaan...trust me...nice place...nice people

Adiana said...

betul le bg sham.. pas sebulan dok sana, dia rasa macam nak duduk lama... tak nak pindah ..

Hidup tidak dikejar dunia...
Back to nature..