Monday, September 14, 2009

Tugas baru ..

Tugas baru yang lebih mencabar kerana ini lebih kepada mencabar kebolehan diri sendiri.
Banyak yang difikirkan, apakah tugas ini mampu digalas? Adakah pengakhiran cerita ini akan menjadi seperti yang tergambar di minda selama ini?

Kali ini proses melengkapkan projek ini lebih rumit malah lebih memedihkan kerana duit dari poket sendiri yang akan dikorbankan. Layoutnya sudah ada, barang yang diperlukan sudah tersenarai malah temanya juga sudah dipilih.

Banyak pertolongan telah diminta bagi menyempurnakan tugas yang tidak mampu dilakukan.
Semoga perjalanan ini berakhir dengan kejayaan dan disempurnakan sama seperti yang tergambar di minda selama 2 minggu ini.
hmmm... ini adalah tambahan
tugas yang sangat seronok ..
tiada tekanan and will take my own
sweeeeeet time to complete it.

Tuesday, September 8, 2009

Minggu lepas

Minggu lepas, atuk aka abahku sakit dibahagian kanan perut. Atuk jarang sakit dan jika dia mengadu sakit maknanya sakit itu memang serius.
Oleh sebab hubby berkursus dan yang ada lesen memandu ini tidak memandu walau kereta ada di garaj maka kakakku yang membawa atuk ke klinik.
Semua orang risau dan sesudah 2 kali makan ubat, atuk diserang sakit dibahagian lutut. Entah mengapa sakit dilutut pula menyerang. Segalanya jadi sukar untuk atuk, nak naik tangga untuk bersolat pun sakit ~akhirnya atuk terpaksa bersembahyang di biliknya dalam keadaan duduk di kerusi.
Kami boleh lihat dan rasa kerisauannya menghadapi sakit ini. Sesudah lawatan ke klinik kali kedua, alhamdulillah sakit di lutut sudah lega. Sesudah 4 hari berlalu,
keadaan atuk nampaknya sudah pulih.

Firdaus yang meneman atuk
sewaktu sakit, dia tahu
apa yang perlu
dibuat jika atuk sakit.
Walau umurnya baru 9 tahun,
dia boleh diharap dan memang
kami mengharap darinya.

Monday, September 7, 2009

Pengalaman Baru ..

Angah .. anak kedua kami bakal menghadapi peperiksaan UPSR esok. Pasti dia berdebar kerana ini merupakan langkah pertamanya menghadapi ujian besar yang bakal menentukan ke mana
arah dan langkahnya untuk tahun-tahun akan datang.

Setiap kali anak-anak berada di tahun 6, kami berdua akan pening kepala memikir .. jika tiada tawaran ke sekolah-sekolah pilihan, ke mana akan kami letakkan anak ini. Sekolah mana disekitar sini yang akan menjadi pilihan. Setiap baik dan buruk kami pertimbangkan walau halangan paling besar kami adalah saya tidak memandu.

Angah .. tidaklah tekun sangat kecuali jika disuruh dan dipaksa. Dia sangat mementingkan waktu santai dan lebih banyak berehat dari menelaah. Namun entah mengapa saya amat yakin dengan beliau. Bukan kejayaan 5A peringkat UPSR yang akan menentukan kejayaan hidupnya tetapi jika berjaya ini merupakan bonus kejayaan pertamanya.

Walau apapun, kami tahu dia cuba sebaik mungkin untuk mendapat keputusan yang baik.
Kami hanya berdoa agar segala urusan Angah ketika menjawab soalan akan dipermudahkan dan Angah mendapat 5A impiannya. Semoga beliau dikurniakan kejayaan yang bakal menjadi pembuka kepada kejayaan-kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

Saturday, September 5, 2009

Kenapa bosan sangat ni ???

Sejak 2 hari ni, perkataan bosan dah lali didengar.
Esqandar dok merungut sebab abahnya berkursus selama 3 hari.

Kata atuknya, selalu tak kisah pun pada abah sebab asyik berkepit dengan ibu tapi kali ini dia begitu berkira bila abahnya berkursus. Kalau abahnya ada, dialah orang yang selalu cari pasal tapi bila abahnya tiada ... mulutnya tidak lekang bertanya.

teringatkan Yasmin yang menangis
tidak berhenti bila abahnya
hantar ke sekolah kemudian
keluar berurusan. Angah sampai
hilang sabar memujuk ..Itu memang
anak abah ..

Thursday, September 3, 2009

Mimpi di awal Bulan Ramadhan

Pada awal Ramadhan yang lalu saya bermimpi berjumpa dengan arwah anak saudara saya. Saya tidak perasan lokasinya dimana kerana di dalam mimpi itu saya terlalu sibuk melayan arwah yang sedang menunjukkan kaki kanannya yang sakit dan terdapat sedikit lebam. ya Allah .. saya dan dia sedang berbicara di dalam mimpi. Wajahnya ceria dan arwah cuma mengadu kakinya yang sakit.

Bila saya katakan pada suami, katanya saya terlalu kerap mengingat arwah kerana harijadinya yang bakal tiba (30 Ogos). Semasa hayatnya saya tidak pernah memberi apa-apa hadiah sempena hari jadinya.. dan antara yang kami bualkan pada malam terakhir beliau adalah tentang mengingat tarikh lahirnya.

Besarnya kekuasaan yang Maha Esa kerana saya seolah-olah bertemu semula dengan arwah .. seperti di alam nyata, seolah-olah perkara itu benar dan bukannya mimpi.
Seperti mahu mengembalikan ingatan dan kenangan saya. Syukur saya mendapat mimpi seperti ini.
Al-Fatihah untuk arwah Nor Aishah dan arwah ibu Maimunah Hamzah.