Monday, February 9, 2009

Ada apa dengan Mumps ...

Minggu ini sepatutnya minggu menggembirakan .. meraikan kejayaan pelajar2ku yang berjaya di perlawanan bola jaring daerah minggu lalu. Sudah ada perancangan, bermula dengan hari Isnin... pengiktirafan di perhimpunan rasmi dan kemudiaanya mungkin ke mana-mana tempat makan yang bersesuaian dengan budget. Awal2 lagi guru pengiring telah diingatkan oleh barisan pemain yang mereka tidak mahu meraikannya di kedai ayam K.. juga burger M .. Kisah anak-anak yang telah mula memahami situasi dan keadaan dunia.
Namun kegembiraan yg sepatutnya dirai pada minggu ini .. dimulai dengan rasa sakit dan pembengkakan di bawah telinga. Kisah klise beguk .. kata hubby. Aduh gawat ni, Beguk diusia hampir 40-an. Struktur wajah berubah seperti seekor ular tedung sedang mengembangkan lehernya ... hodoh, ya agak cenderung menjurus kearah itu... namun itu kuasa yang Esa. Mungkin itu juga sebabnya ada pantang larangnya dari orang2 tua .. cermin perlu dihindar agar bengkak itu tidak semakin melarat. Sebab logik yang terlintas pada pantang itu sudah pasti .. untuk mengelak empunya diri melihat keadaan diri saat itu.
Maka bercuti sakitlah di hari Isnin .. terlepas peluang menyaksikan wajah girang puteri2 bola jaringku terutamanya yang ditingkatan 5.



Yang pegang payung tak pernah melatih pasukan .. sorak - pandai, bagi tips- pandai , latih team - hancuusss.








Cooling Down cara mereka - meraikan kemenangan kakak2

4 comments:

Anonymous said...

akan terus kesekolah sejak berumur 7 tahun ke 56 tahun ... jika sihat dan umur panjang itu dikurniakan padaku

Adiana said...

sama le kita .. nasib opt utk 56 kalau 58 ..

Anonymous said...

cuba ko l;atih team tu .. mesti bebudak tu win the game and ko pulak win the ... he,he

Adiana said...

aahh.. bab kutuk2 bagi kat ko ..