Saturday, February 14, 2009

Suka dan Duka ..14 Februari 2009

Hari ini sepatutnya adalah hari istimewa .. hari ini sepatutnya saya dan suami dapat melapangkan masa mencari pengalaman baru bersama Dr Muhd Kamil ... Malangnya itu tidak berlaku. sebaliknya hari ini adalah hari biasa yang dimulakan dengan ucapan 'Good Morning, teacher' dan sehinggalah loceng akhir berbunyi. hari ini adalah hari persekolahan ganti bagi kebanyakkan sekolah. Maka segala yang diimpi hanya tinggal kenangan.
Memang terkilan kerana momen ini amat dinanti .. berjumpa sendiri dan mendengar sendiri. namun saya percaya, pasti ada hikmah disebalik kegagalan saya dan suami menghadirkan diri. Wallahualam .... pasti disebalik kekecewaan kami ada orang lain yang bergembira.
Hari ini .. 14 Februari pasti menjadi hari bahagia buat anak bujang kami, hari ini dia akan bertemu muka dengan angkasawan negara .. Dr. Sheikh Muszaphar. Saya pasti dia gegitu menanti saat ini kerana perkara pertama yang dibuat ketika sampai dirumah pada minggu lepas .. adalah memeriksa kamera digitalnya. Memastikan kamera itu berada dalam keadaan baik dan baterinya pun baik. Turut diperiksa memory cardnya dan kami berdua hanya tersenyum memerhati. Semangat ini telah disimpan lebih dari seminggu dan pastinya hari ini anak bujang kami adalah antara ratusan pelajar MOZ@c yang teruja dengan pertemuan dan sesi bersama Dr Sheikh Muszaphar yang telah diatur.

2 comments:

Anonymous said...

tajuk macam nak crita pasal valentine's, rupanya pasal lain. nice catch he,he,he

Adiana said...

memang niatnyer gitu .. konon mcm nak crita yg gitu.