Thursday, July 16, 2009

Khamis 5.28 pm

Kami dah merancang ini sebagai aktiviti keluarga .. semua akan terlibat sama dari sikecil Iskandar hinggalah Angah. Tiada siapa akan dapat excuse dari aktiviti ini. Tiada belanja diperlu dikeluarkan, mudah dan tidak perlu juga persediaan khusus.

Lebih kurang jam 5.10 pm, saya orang pertama meninjau kawasan.. hmmm .. hari tak mendung tetapi cukup redup hingga tiada bayang langsung. Hampanya harapan saya .. hampanya harapan kami kerana apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan.

Sesungguhnya kita memang hanya mampu merancang dan yang selebihnya adalah dari ketentuan yang Esa.


Istiwa A'zam adalah fenomena matahari berada betul-betul di atas bangunan Kaabah. Fenomena ini berlaku 2 kali dalam setahun iaitu pada : 28 Mei (5.16 petang waktu Malaysia) dan 16 Julai (5.28 petang waktu Malaysia).

Apabila matahari berada betul-betul di atas bangunan Kaabah, maka secara tidak langsung bayang-bayang objek di tempat lain yang terbentuk juga akan menghadap ke arah Kaabah (kiblat) pada waktu tersebut.

Kita di Malaysia juga berpeluang menyemak arah kiblat tempat kita dengan tepat semasa berlakunya fenomena tersebut.

Kaedah menggunakan bayang matahari pada tarikh dan waktu tersebut adalah kaedah yang paling mudah, tepat, praktikal dan ekonomi. Hanya dirikan tiang yang lurus dengan tegak di tempat lapang yang tidak terlindung dari mendapat cahaya matahari pada petang tersebut. Tandakan dan gariskan bayang tiang pada waktu yang tersebut. Garisan yang menghadap ke pangkal tiang adalah arah kiblat tempat anda.

2 comments:

shahnaz said...

apsal tak habaq .. kami nak wat family project gakkkkk ...

Adiana said...

Tak ingat nak masukkan awal .. tak pe, cuba lg next time ;)