Tuesday, July 28, 2009

Tatkala saya diusia itu

Salah seorang teman telah menginjak usia 50. Sudah separuh abad .. masih ceria, masih bertenaga, masih segak (kata ibu mertua saya), masih dapat bekerja dan mengurus keluarga dengan hebat walau segala dilakukan sendiri.
Saya kagumi watak wanita seperti ini mungkin kerana saya terfikir
yang saya tidak mampu dan tidak cukup kuat untuk menggalas
segala tanggungjawab sebegini rupa.
Saya gemar merujuk wanita sebegini sebagai survivor
yang mampu melakukan 1001 kerja secara sendiri.

Melihat beliau, membuat saya terfikir bagaimana rupa dan upaya saya pada usia itu. Saya yang punya lesen memandu sejak tahun 1996 tetapi tidak memandu kenderaan. Saya sentiasa dihantar dan dijemput ke mana sahaja saya ingin pergi. Saya suka, saya seronok dengan rutin ini. Malah jika hendak menghantar anak ke kelas tuition pun .. kami.. saya dan suami akan melakukannya bersama.

Suami juga tidak memaksa malah seperti tidak menggalakkan saya untuk berdikari. Lucu bila berusia hampir 40-an tetapi bercerita tentang berdikari. Akhirnya, segalanya kami lakukan bersama dan hikmahnya; walau saya tidak memandu (yang kadangkala menyusahkan diri sendiri) tetapi kami ada banyak masa bersama. Saya dan dia tidak betah untuk keluar tanpa satu sama lain.

Mungkin tatkala usia mencecah 50an saya bukan lagi perlu berteman jika hendak kemana kerana saya sudah mampu pergi sendiri atau mungkin saya sudah punya pembantu yang mampu membawa saya kemana jua ie: anak-anak (27, 25, 22, 20 dan 19 ~ angka-angka ini merujuk kepada usia mereka pada ketika itu).

Sebagai manusia kita mampu mengarang dan mengimpikan apa yang kita ingini
namun harus diingat bahawa apa jua yang difikir dan direncanakan
tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa izin dari yang Maha Esa.
Kita berusaha, kita berdoa dan akhirnya kita berserah kepadaNya.
Semoga segalanya menjadi mudah, menjadi lebih manis dan bermakna.
Sebagai hadiah mengiringi perjalanan di usia senja kita.

a tribute to those women
those who act on their own

those who are .. survivors


2 comments:

Anonymous said...

tak drive ..so not like u!!

Adiana said...

Yup .. that's me.
tak percaya?