Saturday, August 1, 2009

Hari dengan topeng

Tugasan tambahan mingguan selain dari chores yang biasa2.
Jumaat: ambil anak dr sekolahnya
Sabtu : membantu mengajar kumpulan pelajar UPSR
Ahad : menghantar semula anak

Selepas hubby bersolat Jumaat kami bergerak ke Bandar Melaka. Misinya hanya untuk mengambil anak bujang yang akan pulang pada minggu ini. Sesampai di pintu pagar sekolahnya telah kelihatan kumpulan pelajar yang bergerak turun dari atas bukit.

Kesemuanya memakai topeng muka dan kelihatan para pelajarnya akur dengan arahan ini. Senario mematuhi arahan secara total ini jarang dapat saya rasakan jika berada di sekolah harian biasa. Ramai yang tidak mahu mengikut arahan hanya kerana suka2 dan seronok. Ingkar pada arahan walau pada akhirnya akan memakan diri sendiri.

Berdebar kami memandangkan kes H1N1 di Melaka amat membimbangkan ( berdasarkan arahan bercuti yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan KPM). Muncul saja si bujang kami terus beredar.

* anak-nak telah dikenakan
perintah berkurung di rumah
oleh atuknya.
Kami hanya dibenar keluar berdua.
"Jangan dibawa anak2
abah akan jaga"
Siapa berani ingkar pada arahan
ini? Arahan dari seorang atuk
yang bakal menyambut ulang tahun
ke 80 tahun ini.

2 comments:

Lily said...

meh aku bayangkan ko anak beranak bertopeng ..
hmm, cakap pun cam sengau bunyinya .. hahaha

Adiana said...

aahh ... ye le tu, takkan dlm umah nak bertopeng gakss .. memang merapu.