Sunday, August 2, 2009

Jangan ada rahsia antara kita ..

Ini kali ketiga saya mendengar petua keluarga bahagia ini. Cuma yang seronok didengar dan agak melucukan bila dia memberi petua untuk para suami memikirkan agar jika perlu membuat sedikit tipu helah maka buatlah andai kata jika berterus terang itu akan lebih membawa mudarat.
Contoh yang diberi, jika ingin meminjamkan wang kepada rakan tetapi takutkan isteri akan melenting maka lebih baiklah perkara itu didiamkan dari diberitahu.

Benar kadangkala kita isteri mudah terasa dan hangin apabila dimaklumkan perkara seperti ini sekurang-kurangnya saya akan berasa begitu.
Rasionalnya apa jua tindakan yang kita ambil tidak kira suami / isteri akan melibatkan hal ehwal rumah tangga dan seharusnya kita meletakkan keluarga lebih dari yang lain. Saya kurang gemar dengan istilah memberi helah atau mendiamkan diri ini digunakan kerana penipuan ini tidak menyumbang apa-apa impak positif yang membawa kepada kerukunan hidup berkeluarga.

Tetapi andai si suami gemar berbuat sebegini maka lapangkanlah hati untuk menerima perkara yang sama andai dilakukan oleh isteri. Tidak kira sumbangan, pinjaman atau pertolongan yang ingin diberi kepada orang lain seharusnya mendapat persetujuan kedua belah pihak. Jika apa yang kita buat dan rasionalnya diterima akal sudah pasti akan tiada tentangan dari mana-mana pihak.

Bayangkan jika sisuami membuat pinjaman peribadi puluhan ribu ringgit untuk membantu orang lain dan pinjaman ini hanya akan diselesaikan bagi tempoh sepuluh tahun akan datang tanpa memberitahu kita apatah lagi berbincang tentangnya. Apa agaknya reaksi kita sebagai isteri, sebagai sahabat, sebagai orang yang setia menunggunya pulang setiap hari jika diperlaku sedemikian rupa?
Apa jua reaksi kita tidak akan sama. Reaction kita akan dipengaruhi oleh 'cuaca' hidup berkeluarga kita.

Bagi yang segalanya telus, tidak pernah merahsiakan apa-apa perkara antara satu sama lain maka sudah pasti tersentap dan mungkin boleh mencetus perang dingin/panas berpanjangan.

Bagi yang sudah biasa dengan senario ini kerana masing-masing sibuk mengurus hal sendiri, maka ia bukanlah satu masalah yang besar.

Bagi yang kesabarannya ditahap 'diva', hanya kata nasihat dan pujukan diberi kepada suami tercinta walau hati amat tersentuh dengan tindakannya.

Agaknya dimana kita berada jika berdepan dengan ujian sebegini?
Agaknya bagaimana tahap bebanan emosi kita pada ketika itu?

Situasi ini berdasarkan kepada sumbangan
yang equal dalam berumah tangga.

3 comments:

Anonymous said...

like the term use - sabar tahap diva.

we.. women, tend to serve others more than serve to our own needs.

sharmila said...

siapa yang akak maksudkan ni.. macam ada kena mengena sikit dengan cerita saya je.. tapi rasanya macam orang lain yang saya tahu kisahnya...

Adiana said...

Ni petua keluarga bahagia yg didengar kat Era.

ambil ikhtibar dari kisah orang lain.
berangin sekejap bila dengar nasihat untuk para suami suruh beri helah pada isteri ...