Tuesday, August 11, 2009

Hmmm.. pisang goreng, hmmm.. bebola goreng

Kisah peniaga melarutkan plastik di dalam minyak masak bagi tujuan merangupkan gorengan memang mengejutkan. Dalam diam kita mengagumi gorengan pisang yang rangup, sampai minta extra tepung-tepung rangup tu tanpa menyedari apa yang sudah masuk ke dalam badan kita.

Kisah 11 tahun dulu, di bulan Ramadhan, disebuah pasar malam ternama berhampiran pekan di sini.... kisah zaman berulang alik dari Alor Gajah ke UPM, kisah pergi seawal 6.15 am dan sampai semula 6.45 pm setiap hari. Kisah yang rasanya impossible untuk diulang semula.

kisah ini kami saksikan sendiri tetapi hanya kini kami tahu sebab dan musababnya si makcik menggunakan kaedah itu. kami anggap si makcik hanya ingin memudahkan kerjanya sahaja dan tidak terfikir yang lain.

Kisahnya ...

Gerai ini menjual pelbagai bahan gorengan termasuklah bebola dan benda-benda lain yang dicelup tepung.
Si penjual sudah menyiapkan ikatan bebola di dalam plastik yang bising tu .. dan dengan penuh selamba mencelupkan plastik itu ke dalam minyak.
Sekelip mata plastik itu hilang terlarut dan yang tinggal hanyalah tangkai pemegang plastik itu.
Saya dan suami terdiam terpaku seketika, lidah kelu tidak berkata dan apa yang ada cuma perasaan jijik kami pada senario tadi berbekas hingga kini. Anak-anak tidak merasa lagi pelbagai gorengan bola yang dijual dimana-mana gerai dan kalau perlu kami sedia menghidang nugget dan aneka bebola yang siap dicucuk dengan lidi walau hanya makan dirumah.

Kali ini gorengan pisang dan kuih muih yang digoreng pula akan menjadi larangan untuk kami dan ini termasuklah bawang goreng siap dipaket.
Tindakan hanya setelah berapa banyak plastik larut yang telah kami telan sebelum ini...
Arrrghh .. dah mula rasa rindu pada cendawan goreng yang dijual digerai tepi jalan menghala ke Pantai Belimbing ....
Jahat sungguh nafsu ini,

yang tidak boleh dan yang ditahan itulah yang kerap terbayang di minda,
yang ingin kita hindari itulah yang sedap tekak menerima,
yang mengundang mudarat itu juga yang menjadi idaman.

Say no to those unhealthy food .....

2 comments:

Anonymous said...

pisang plastik really sound good ..
Out of nowhere, people try to invent all sort of ridiculous in life.
Be more selective my frend ..

Adiana said...

Ya TQ..
entah brapa botol yang daj kena telan agaknya ...