Saturday, August 1, 2009

30 Oktober ~ Part1

Kami memulakan perjalanan ini pada usia yang sangat muda, sangat tidak tahu sebenarnya halangan dan rintangan berumahtangga. Kami masih muda dihati, dijiwa dan secara lahiriahnya kami masih didunia yang menganggap segalanya adalah mudah. Segalanya adalah indah dan tidak banyak masalahnya. Langkah permulaan yang cukup manis kerana kami positif memulakannya.
Benar .. kami tidak mempunyai masalah mengharungi segalanya walau 2 tahun kami berjauhan antara Melaka dan Segamat. Saat mengandung dan menanti kelahiran jua tidaklah sesukar mana walau hanya berjumpa seminggu sekali. ~ hubby tidak pernah miss balik ke Melaka setiap minggu sepanjang 2 tahun itu, bil telefon kami mencecah RM400-RM500 sebulan akibat bergayut setiap malam tepat jam 10.

Lima belas tahun dulu .. 1994
Inilah tarikhnya kami disatukan sebagai suami isteri. Pada usia 22 tahun dan hubby baru 23 tahun pada ketika itu. Kami berkenalan 2 tahun sebelum itu ketika mula mendaftar sebagai guru pelatih di MPSP. Hanya 8 bulan terakhir bergelar pelatih baru kami mula serius dan akhirnya disatukan.

Empat belas tahun dulu .. 1995 (ann. 1)
Kami sudah bergelar ibu dan ayah pada seorang cahayamata. Segalanya bagai berlalu mengikut flow yang sangat cantik.

Dua belas tahun dulu .. 1997 (ann. 3)
lahir seorang lagi cahaya mata. 2 bulan setelah mendaftar untuk menyambung pelajaran peringkat ijazah. Anak ini lahir sewaktu first sem. belajar. usah ditanya bagaimana kami mengharunginya kerana segalanya mudah ketika itu.

Sebelas tahun dulu ... 1998 (ann. 4)
Kami punya 2 cahayamata dan pada masa yang sama menyambung pelajaran diperingkat ijazah. Berkuliah setiap hujung minggu, meninggalkan anak pada jagaan pengasuh, pening kepala hanya kerana assigment dan yuran setiap semester yang perlu dibayar secara tunai. Yang lainnya hanyalah rutin biasa.

9 tahun dulu .. 2000 (ann. 6)
Mendapat cahayamata ke3, 3 hari sebelum konvo. Sepanjang semester akhir memang menyeronokkan kerana dilayan lebih oleh rakan sekuliah. Memasuki fasa kedua perkahwinan ~ setiap fasa mewakili 5 tahun kehidupan kami.
Syukur kerana apa yang inginkan pada awal perkahwinan tercapai ..
Bantuan dari pelbagai segi itu datang tanpa diduga maka segalanya berjalan dengan begitu baik.

8 tahun dulu .. 2001 (ann.7)
Hubby telah tamat belajar. Anak-anak sudah semakin membesar.
Hasif sudah mula ke Pra sekolah. Tak sempat nak memikir perkara lain kerana yang kecil baru setahun usia. Yang paling diingat, rumah memang memanjang bersepah.

No comments: