Thursday, February 19, 2009

Yesterday, today and tomorrow ..



Life is complicated .. no doubt it is. It is how we face it will determine how it will turn out .. if yesterday we failed to fulfill what ever we have planned then we ought to move on and do better this time.


Monday, February 16, 2009

Email: dulu tak penting ..

Saya kurang menghargai email kerana dengan andaian email saya hanya untuk kegunaan sosial, sekadar ada untuk kemudahan sampingan kerana lebih selesa berurusan dengan telefon. Email saya hanya untuk urusan sesama teman dan kadang kala sesama ahli keluarga.
Mungkin juga email tidak berperanan penting dalam tugas dan tuntutan kerja saya. Maka dengan itu email bukanlah sesuatu yang amat-amat penting tetapi hari ini persepsi saya terhadap email berubah sama sekali.
Email ini yang membantu saya menyelesaikan kerja saya yang tetangguh hingga telah menyusahkan rakan setugas yang lain. Rasa bersalah itu mungkin akan menyebabkan tidur saya tidak lena dan tugas saya terganggu esok hari.
Mujur ada rakan yang sudi membantu dan syukur juga kerana saya telah dapat memudahkan tugas rakan lain.
Thanx Norehan for your help ... I owe u one!

14 Februari yang bermakna ..

Seperti dientri yang lepas, keistimewaan tarikh ini cukup terasa.. Bukan budaya barat itu yang membuatnya istimewa tetapi kebetulan yang berlaku pada tarikh ini.
Memang benar anak bujang kami telah bertemu dengan Dr Sheikh Muszaphar. Gembiranya dia jelas tergambar sewaktu menunggu kami tiba disekolahnya..

Sunday, February 15, 2009

Kisah kita .. Kisah orang lain...

Dalam hidup kita diduga dengan pelbagai dugaan. Ada yang meragut kebahagiaan, ada yang menuntut pengorbanan dan ada juga yang perlu kita berjuang bermati-matian untuk mendapatkannya. Di akhir setiap dugaan itu disusuli pula dengan pelbagai penyudah .. ada yang mengecewakan, ada yang menyedihkan dan ada pula yang melorongkan bahagia. Dunia blog menemukan saya dengan pelbagai ragam manusia .. ada yang menulis sekadar mengisi masa, ada yang mencoret momen harian dan ada juga yang menulis dari hati yang lara. Namun apa jua yang berlaku kepada kita itu kerana diuji olehNya. Bagaimana kita bertindak menghadapinya bergantung kepada Iman, Ilmu dan kekuatan dalaman kita.
Jika kita rasa hidup kita lebih baik dari orang lain maka bersyukurlah di atas kurniaannnya itu. Namun untuk mendapat lebih dalam hidup maka lihatlah orang yang kehidupannya jauh lebih baik dari kita .. agar dapat kita terus membaiki apa yang kurang dan menambah apa jua yang perlu. Jika asyik membanding diri dengan orang yang lebih kurang dari kita .. ditakuti kita akan alpa dan selesa seadanya. Belajar itu perlu bukan hanya melalui pembacaan tetapi juga dari pengalaman diri dan orang lain. Setiap saat .. setiap minit .. malah setiap kali kita menghela nafas .. maka setiap kali itu juga kita belajar tentang perkara baru. Selamat Belajar .......

Saturday, February 14, 2009

Suka dan Duka ..14 Februari 2009

Hari ini sepatutnya adalah hari istimewa .. hari ini sepatutnya saya dan suami dapat melapangkan masa mencari pengalaman baru bersama Dr Muhd Kamil ... Malangnya itu tidak berlaku. sebaliknya hari ini adalah hari biasa yang dimulakan dengan ucapan 'Good Morning, teacher' dan sehinggalah loceng akhir berbunyi. hari ini adalah hari persekolahan ganti bagi kebanyakkan sekolah. Maka segala yang diimpi hanya tinggal kenangan.
Memang terkilan kerana momen ini amat dinanti .. berjumpa sendiri dan mendengar sendiri. namun saya percaya, pasti ada hikmah disebalik kegagalan saya dan suami menghadirkan diri. Wallahualam .... pasti disebalik kekecewaan kami ada orang lain yang bergembira.
Hari ini .. 14 Februari pasti menjadi hari bahagia buat anak bujang kami, hari ini dia akan bertemu muka dengan angkasawan negara .. Dr. Sheikh Muszaphar. Saya pasti dia gegitu menanti saat ini kerana perkara pertama yang dibuat ketika sampai dirumah pada minggu lepas .. adalah memeriksa kamera digitalnya. Memastikan kamera itu berada dalam keadaan baik dan baterinya pun baik. Turut diperiksa memory cardnya dan kami berdua hanya tersenyum memerhati. Semangat ini telah disimpan lebih dari seminggu dan pastinya hari ini anak bujang kami adalah antara ratusan pelajar MOZ@c yang teruja dengan pertemuan dan sesi bersama Dr Sheikh Muszaphar yang telah diatur.

Friday, February 13, 2009

Saat yang melekakan ...

Hari Jumaat selalunya adalah hari yang indah .. selain hari mulia yang ritual paginya dimulakan dengan bacaan surah Yassin beramai-ramai .. ia juga merupakan hari terakhir bagi minggu bekerja tetapi tidak hari ini. Esok adalah hari bekerja .. hari ganti bagi cuti yang telah dan bakal diambil. Selain dari kelajuan internet yang agak membanggakan ini, hari ini berpeluang bertanya khabar rakan-rakan lama dan kebetulan yang melekakan pun tiba. Melalui link di atas link .. I came across this web page. Unbelievable ... tak pernah terlintas berjumpa dengan laman yang sebegini... mengasyikkan dan seolah-olah dapat berada hampir dengan orangnya dan mengenali beliau.
Laman yang menceritakan tentang Presiden Iran ~ Mahmoud Ahmadinejad .. walau seberapa panjang pun penulisannya .. kita akan tetap terleka membaca. This is to be my next fav. web page .. from a very well-known person.

Monday, February 9, 2009

Antara Jagung dan Beguk .. argh....

Apabila diserang kesakitan maka terasa sedikit nikmat ditarik. Rasanya amat pilu walau hanya kerana tidak dapat menikmati kelazatan sebiji jagung. Itu hakikat untuk manusia berfikir dan seterusnya bersyukur tentang kebaikan dan kenikmatan hidup. Bendanya nampak kecil tetapi apabila ditarik seketika nikmat itu .. pelbagai rasa dan gelodak emosi menerjah diri. Geram .. marah .. kecewa .. dan macam-macam yang lain hadir silih berganti. Ini bukannya nikmat bagi orang yang sedang dalam kesakitan tetapi menjadi rezeki bagi orang lain yang mampu menikmatinya. Jagung manis keluaran Sime darby ini memang sedap dan juicy. Ibu .. does it taste like sawit ??? Adei .. lawak betul anakku ini, asalnya dengar Sime Darby terus ingat pokok sawit?

Ada apa dengan Mumps ...

Minggu ini sepatutnya minggu menggembirakan .. meraikan kejayaan pelajar2ku yang berjaya di perlawanan bola jaring daerah minggu lalu. Sudah ada perancangan, bermula dengan hari Isnin... pengiktirafan di perhimpunan rasmi dan kemudiaanya mungkin ke mana-mana tempat makan yang bersesuaian dengan budget. Awal2 lagi guru pengiring telah diingatkan oleh barisan pemain yang mereka tidak mahu meraikannya di kedai ayam K.. juga burger M .. Kisah anak-anak yang telah mula memahami situasi dan keadaan dunia.
Namun kegembiraan yg sepatutnya dirai pada minggu ini .. dimulai dengan rasa sakit dan pembengkakan di bawah telinga. Kisah klise beguk .. kata hubby. Aduh gawat ni, Beguk diusia hampir 40-an. Struktur wajah berubah seperti seekor ular tedung sedang mengembangkan lehernya ... hodoh, ya agak cenderung menjurus kearah itu... namun itu kuasa yang Esa. Mungkin itu juga sebabnya ada pantang larangnya dari orang2 tua .. cermin perlu dihindar agar bengkak itu tidak semakin melarat. Sebab logik yang terlintas pada pantang itu sudah pasti .. untuk mengelak empunya diri melihat keadaan diri saat itu.
Maka bercuti sakitlah di hari Isnin .. terlepas peluang menyaksikan wajah girang puteri2 bola jaringku terutamanya yang ditingkatan 5.



Yang pegang payung tak pernah melatih pasukan .. sorak - pandai, bagi tips- pandai , latih team - hancuusss.








Cooling Down cara mereka - meraikan kemenangan kakak2

Monday, February 2, 2009

Ini kegilaan ku..


Sememangnya dah beratus koleksi ku ini tapi peliknya tak boleh nak berhenti. Ramai pulak yang tolong bantu untuk tambah koleksiku ini termasuklah anak-anak muridku yang cukup sporting. Kalau ada yang baru semua sibuk nak inform lokasinya .. my girls ni memang baik .. sayang u all !!