Tuesday, July 28, 2009

Tatkala saya diusia itu

Salah seorang teman telah menginjak usia 50. Sudah separuh abad .. masih ceria, masih bertenaga, masih segak (kata ibu mertua saya), masih dapat bekerja dan mengurus keluarga dengan hebat walau segala dilakukan sendiri.
Saya kagumi watak wanita seperti ini mungkin kerana saya terfikir
yang saya tidak mampu dan tidak cukup kuat untuk menggalas
segala tanggungjawab sebegini rupa.
Saya gemar merujuk wanita sebegini sebagai survivor
yang mampu melakukan 1001 kerja secara sendiri.

Melihat beliau, membuat saya terfikir bagaimana rupa dan upaya saya pada usia itu. Saya yang punya lesen memandu sejak tahun 1996 tetapi tidak memandu kenderaan. Saya sentiasa dihantar dan dijemput ke mana sahaja saya ingin pergi. Saya suka, saya seronok dengan rutin ini. Malah jika hendak menghantar anak ke kelas tuition pun .. kami.. saya dan suami akan melakukannya bersama.

Suami juga tidak memaksa malah seperti tidak menggalakkan saya untuk berdikari. Lucu bila berusia hampir 40-an tetapi bercerita tentang berdikari. Akhirnya, segalanya kami lakukan bersama dan hikmahnya; walau saya tidak memandu (yang kadangkala menyusahkan diri sendiri) tetapi kami ada banyak masa bersama. Saya dan dia tidak betah untuk keluar tanpa satu sama lain.

Mungkin tatkala usia mencecah 50an saya bukan lagi perlu berteman jika hendak kemana kerana saya sudah mampu pergi sendiri atau mungkin saya sudah punya pembantu yang mampu membawa saya kemana jua ie: anak-anak (27, 25, 22, 20 dan 19 ~ angka-angka ini merujuk kepada usia mereka pada ketika itu).

Sebagai manusia kita mampu mengarang dan mengimpikan apa yang kita ingini
namun harus diingat bahawa apa jua yang difikir dan direncanakan
tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa izin dari yang Maha Esa.
Kita berusaha, kita berdoa dan akhirnya kita berserah kepadaNya.
Semoga segalanya menjadi mudah, menjadi lebih manis dan bermakna.
Sebagai hadiah mengiringi perjalanan di usia senja kita.

a tribute to those women
those who act on their own

those who are .. survivors


Amarahku sudah tiada ..

Mula-mula ingatkan marah ini sampai berbulan, rupanya baru beberapa hari ..
perasaan itu hilang dengan sendirinya.

Tetapi andai kata hujan lebat yang turun pada minggu lepas menenggelamkan keretaku dan rumahku, sahih marah itu akan terus berapi.
Apa yang ditegur, akhirnya menjadi kenyataan .. nyaris banjir kilat berlaku.

Puncanya dari manusia yang tidak mahu memahami rasional pada satu teguran.
Puncanya dari manusia yang bercakap ikut sesedap mulutnya tanpa berfikir.
Puncanya dari seorang tua bergelar ibu yang memahat maklumat palsu pada si anak.
Puncanya dari perasaan tidak puashati kepada jiran dan saudara mara.
Puncanya dari sikap bongkak kerana menyangka dia berada di pihak yang benar.
Puncanya kerana kita tidak melawan terhadap apa jua tuduhannya.
Puncanya kerana kita menggunakan pendekatan seolah-olah kita berlembut.
Puncanya kerana kita mahu menjaga hati orang lain.

Rupanya yang kasar perlu dilawan secara kasar,
Rupanya yang garang perlu ditentang secara berdepan,
Rupanya bahasa kita perlu selari dengan bahasanya,
Rupanya orang samseng perlu didepani dengan cara yang lebih samseng.

Akhirnya yang milik itu terungkai jua,
bunyinya kasar dan tidak bertamaddun ..
Tetapi mampu menyelesaikan masalah ini,
akhirnya pengakuan itu telah dilafazkan...

Kita boleh tersenyum kini kerana setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya
nyata
Memakan diri dan keluarga sendiri.


*setiap apa yang berlaku ada hikmahnya
keadaan sudah reda
hidup sudah kembali normal
namun kata-kata itu akan terus diingat
apa yang dirakam akan terus diulang tayang
biar jadi sejarah tersendiri..
Jua sebagai ingatan buat generasi terkemudian*

Tuesday, July 21, 2009

Aku dan Amarahku - part 2

Setelah 2 hari berlalu, amarahku semakin reda.
Jika dulu rasanya panazz membara, kini lebih sejuk walau tak sesejuk salju.

Jika dulu, nada percakapanku tinggi
Kini, dah boleh berbicara sambil menyelit jenaka.

Lewat 48 jam yang lalu, aku sujud dalam keadaan masih marah bersisa.
Kini, keadaan sudah jauh berbeza.

Waktu jari mula menulis tentang amarahku
Rasanya seolah aku akan terus marah untuk sebulan mendatang.

Hari ini, mana perginya amarahku yang berapi-api itu
Saat ini, bagai tiada lagi amarah dalam diriku.

Hujan yang turun lebat hari ini bagai meluntur amarahku.
Mungkin sudah tiba masanya keadaan menjadi reda,
Mungkin sudah tiba masanya kita perlu bersemuka,
Mungkinkah kita akan melupakan sengketa ini.

Biar masa menentukan
perjalanan ini belum berakhir
namun pengertian bagai membuka jalan

pada satu perjalanan panjang untuk puluhan malah ratusan tahun akan datang.

masih di kawasanku,
masih di rumahku
28 Rejab 1430

Sunday, July 19, 2009

Aku dan amarahku

Banyak sebab manusia jadi emosional, dari sekecil-kecil sebab hinggalah ke sebesar-besar benda yang mengganggu emosi kita.
Tahapnya juga berbeza bergantung kepada individu itu sendiri. aku memang panazzz tapi tidaklah sehingga gagal untuk mengawalnya. Namun kadang-kadang feeling ini terbawa-bawa.
Aku lebih suka mendengar sendiri dan bertanya sendiri jika ada yang tidak sedap didengar oleh sepasang telingaku ini.
Namun bertanya secara direct ini, kadang kala mengundang amarah sebelum tiba waktunya. Ini caraku, aku tidak sewenang-wenang menyerang orang tetapi jika aku diserang, aku dikata-kata, aku diburuk-burukkan maka tibalah waktunya untuk aku bertindak balas.
Aku tidak judge people from what they did to others .. jadi kadang kala aku boleh berbaik dengan orang yang amat dibenci oleh orang lain. Itu caraku .. aku hanya bertindak setelah orang mengenakan aku. Hari ini emo aku terusik akibat dari tindak tanduk yang telah lama aku telan. Selagi boleh ditelan, selagi itu kita telan tapi ledakan emo ini cukup hebat hingga aku sendiri tidak pasti berapa hari ia akan terus berapi dan berasap. Walau dicurah berbaldi air pun tidak akan dapat meredakan baranya..

"Ya Allah .. sesungguhnya aku manusia yang lemah, bantulah aku menghadapi gelora emosi ini agar apa jua tindakan ku selepas ini hanya akan menjurus kepada kebaikan. Biarkan diri ini terus bersangka baik sesama umatmu dan permudahkanlah segala urusanku pada masa hadapan. Hanya padaMu tempatku memohon keampunan" Amin..


kawasanku, rumahku,
familyku,
kampungku
dan segala
yang berkaitan dengan diriku.
1.07 tengahari
26 Rejab 1430

Thursday, July 16, 2009

Khamis 5.28 pm

Kami dah merancang ini sebagai aktiviti keluarga .. semua akan terlibat sama dari sikecil Iskandar hinggalah Angah. Tiada siapa akan dapat excuse dari aktiviti ini. Tiada belanja diperlu dikeluarkan, mudah dan tidak perlu juga persediaan khusus.

Lebih kurang jam 5.10 pm, saya orang pertama meninjau kawasan.. hmmm .. hari tak mendung tetapi cukup redup hingga tiada bayang langsung. Hampanya harapan saya .. hampanya harapan kami kerana apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan.

Sesungguhnya kita memang hanya mampu merancang dan yang selebihnya adalah dari ketentuan yang Esa.


Istiwa A'zam adalah fenomena matahari berada betul-betul di atas bangunan Kaabah. Fenomena ini berlaku 2 kali dalam setahun iaitu pada : 28 Mei (5.16 petang waktu Malaysia) dan 16 Julai (5.28 petang waktu Malaysia).

Apabila matahari berada betul-betul di atas bangunan Kaabah, maka secara tidak langsung bayang-bayang objek di tempat lain yang terbentuk juga akan menghadap ke arah Kaabah (kiblat) pada waktu tersebut.

Kita di Malaysia juga berpeluang menyemak arah kiblat tempat kita dengan tepat semasa berlakunya fenomena tersebut.

Kaedah menggunakan bayang matahari pada tarikh dan waktu tersebut adalah kaedah yang paling mudah, tepat, praktikal dan ekonomi. Hanya dirikan tiang yang lurus dengan tegak di tempat lapang yang tidak terlindung dari mendapat cahaya matahari pada petang tersebut. Tandakan dan gariskan bayang tiang pada waktu yang tersebut. Garisan yang menghadap ke pangkal tiang adalah arah kiblat tempat anda.

Monday, July 13, 2009

Menangani stress ....CUP CAKES

Kursus on Saturdays .. bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Apa pun, kursus hari tu agak menarik mungkin sebab diluar jangkaan. Soon as the slot begin, kerut dan kedut dah hilang. Topiknya interesting ... cara membuat cup cakes.
Mula-mula terfikir bagaimana agaknya kaum bapa nak adapt pada kursus sebegini rupa but after 10 minutes ... kaum ibu terpaksa berebut dengan kaum bapa.
Dah siap cup cakes then sibuk nak buat decorations pulak. Mixer yang tak seberapa jadi rebutan ... ada juga yang guna mixer tangan tapi hasilnya icing tak keluar dan tersumbat pada noozle ..
Entah idea siapa, kursus pada kali ini tapi benar-benar membantu menangani stress ..
Seronok dengan apron masing-masing
Demo mengayak tepung.
Mixer khas dibawa oleh chef
Semangat berkumpulan ..
Kaum bapa sibuk benar nampaknya ..
Elok kembangnya
Oleh amatur .. from my group
Hiasan menggunakan anasir-anasir luar ( bunga dan chocolate rice dibawa sendiri)
Masih ada anasir-anasir luar
From my group