Sunday, May 25, 2008

Akan hilangkah kampungku .. Part 1

Berita yang penuh emosi dan tragis ini bermula pada awal bulan Mei yang lepas apabila diberitahu yang tanah dikampungku akan diambil untuk projek laluan jalan 4 lorong dan landasan keretapi berkembar dari Pulau Sebang ke Batu Berendam oleh kerajaan negeri. Bayangkan berapa banyak kampung-kampung tradisi yang akan lenyap kerana projek yang kononnya untuk generasi akan datang. Yang lebih mengharukan penempatan semula akan dibuat bagi tujuan ini. Projek bilion ringgit yang akan dilaksanakan oleh kerajaan pilihan rakyat sejurus habis pilihanraya. Boleh dikatakan sebagai hadiah kerana memilih pimpinan sekarang.
Pelbagai reaksi marah dan geram dilemparkan kerana atas apa jua alasan, mengapa rakyat yang kian dihimpit dengan pembangunan yang pastinya hanya menguntungkan satu pihak. Malah kepada rakyat yang menolak projek ini maka kami digelar orang yang mementingkan diri sendiri. Tidak mahu memikir tentang generasi akan datang.. dah tak ade idea lainlah tu.
Yang pasti ini isu kita .. isu yang menindas kita secara terang-terangan dan isu yang perlu kita tangani secara terang-terangan. Bangkit wahai generasi pewaris Pulau Sebang, Tanjung Rimau Dalam, Padang Sebang, Gadek dan lain-lain yang menerima nasib yang sama. Ini warisan nenek moyang kita, telapak generasi akan datang. Jangan kita biarkan orang lain merampasnya sesenang hati mereka.

3 comments:

Anonymous said...

Sabar dalam perjuangan ini.. aku doakan semuanya tinggal cadangan. Susahnya hidup bila kita asyik dizalimi. Kumpulkan kekuatan kerana ini hak kita, warisan kita. Sabar kawanku dalam menempuh dugaan ini.

Anonymous said...

Tak dapat nak dibayangkan jika kampung halaman iza yang terlibat. Dimana anak2 kita nak balik menziarahi generasi lama... mana meriahnya kita yang ada kampung.. sama ke kualiti hidup kita di kampung baru??? sori kak, banyak betul persoalannya yg dtg sekarang ini. Tak mampu iza nak bayangkan. Sabar kak, atur strategi atau jika perlu atur satu j/k bertindak. Rancangan ini perlu diwar-warkan, hari ini masalah akak tp hari lain mungkin iza pun kena.

Anonymous said...

Oo ado jugak orang kampung wat blog.. projek ni memang tak berbaloi.. walau pun saya tak duk kat kampung tapi sedih gak degar berita umah kpg nak kena cantas automatik tak kampung gua.. tapi ini satu iktibar bagi orang kampung tentang projek BN ni orang kampung kena pindah bagi umah yang terkokong kehidupan kat orang kapung.. diaorang kaya tambah penampatan..padan orang kampung gua yang totok BN dulu kini dan selamaya