Sunday, May 11, 2008

Ada apa dengan ibu mertua?

Seantero dunia merayakan hari ini sebagai satu hari istimewa buat semua ibu. Bagi saya adalah satu bonus jika anak-anak mengingati kita dihari ini tetapi apa gunanya jika 364 hari yang lain anak-anak tidak mengingati ibu mereka. Bagi saya yang kehilangan ibu pada usia 22 tahun, saya amat menghargai jasa ibu mertua kerana ibu saya meninggal ketika saya baru 11 bulan melayari alam rumahtangga dan diketika itu juga saya sedang sarat mengandung putera sulong. Genap 60 hari kehilangan ibu, saya melahirkan putera sulong ini. Saratnya bebanan jiwa yang ditanggung hanya Allah yang maha mengetahui namun disebalik kehilangan itu saya mendapat bimbingan dari seorang ibu mertua yang cukup baik dan prihatin.
Setelah menginjak usia pertengahan 30-an, saya pasti banyak tingkah laku dan perbuatan saya mungkin menyentuh perasaan beliau (maklumlah berada diusia muda) tapi tidak pernah sekali saya ditegur secara terang-terangan malah banyak nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberi. Saya dan ibu mertua bukanlah berasal dari daerah yang sama maka pertuturan, makanan dan sedikit kebiasaan harian agak berbeza namun beliau menerima saya sebagai ahli baru keluarganya dengan begitu terbuka sekali. Tidak sekali pun antara kami bermasam muka malah saya menghormati dan menyayangi beliau seperti ibu sendiri.
Syukur saya ke hadrat yang Esa kerana walau saya tidak dapat bermanja dan merasa bimbingan ibu sendiri ketika saat saya baru melayari alam rumahtangga namun saya telah dikurniakan ibu mertua yang cukup memahami, cukup baik malahan cukup untuk menggantikan kekosongan sebagai seorang ibu kepada saya. Malah sempat saya titipkan pada rakan yang bermasalah dengan ibu mertua, bahawa bagaimana Allah mengasihani saya lantas memberikan saya seorang ibu mertua yang baik dan begitu memahami. Rasanya sejak saya mula mengahwini putera sulongnya, saya tidak pernah berasa terpinggir bila berada disamping beliau.
Doa saya semoga arwah ibu (Hjh Maimunah Hamzah) ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Dan buat ibu mertua saya (Pn. Che Som Abd Rahman) semoga hidupnya sentiasa dilimpahi kebahagian dan ketenangan disisi suami, anak-menantu dan cucu-cucu.

Terima kasih juga buat suami dan anak-anak yang telah memberi surprise present .. terima kasih juga buat teman yg menghantar sms hari ibu.

To all mothers out there :
motherhood is a tough 24-hour job. No pay, no days off, most often unappreciated and yet to resign is impossible! Happy Mothers Day..

5 comments:

Anonymous said...

This is good. my tears nearly drop. Syukur .. hidup ini tak selalunya sukar dan menyedihkan, hargailah seorang ibu tatkala dia masih ada. Happy mother's day my friend.

Anonymous said...

Tumpang lalu .. terjumpa blog ni. Anda dikira sangat beruntung kerana ada ibu mertua yang begitu baik. Tidak semua orang dapat merasai kelebihan itu.

Anonymous said...

aku dah baca tadi .. minta lalu nek, nak curi baca skali lagi. kih,kih,kih

Anonymous said...

Wah syahdu betul citer ni .. jom le blog iza. Dah tukar cat baru jugak.

Anonymous said...

baguih citer ni.. dah naik letih dgr pasai mak mentua evil.. syukur dpt yg baik.