Saturday, May 10, 2008

Hidup bebas tanpa masalah


Dah lama terfikir nak merapu pasal tajuk ini. Ialah bila usia dah meningkat yang pasti tanggungjawab juga kian bertambah. Tak tercapai dek akal ni bila nak recall semula bila kali terakhir hidup ini bebas tanpa masalah. Relatifnya masalah itu sendiri hadir dalam setiap kehidupan. Kadang kala berat kadang kala ringan dan mudah untuk diselesaikan. Masalah juga adalah satu bentuk ujian dari yang maha Esa untuk umatnya. Bagaimana kita menghadapi dan bagaimana kita bertindak mengatasinya pasti ada kaitan dengan keupayaan diri kita sendiri.
Kekadang perkara kecil yang kita anggap remeh dan tiada apa boleh menjadi perkara besar bagi persepsi orang lain. Seorang teman kerap meluah perasaannya kepada saya tentang masalah yang dihadapi. Agak sukar untuk memberi pandangan kerana saya tidak mengalaminya dan tiada pengalaman berkaitan. Tetapi sebaik mungkin saya cuba memberi pandangan walau kadang kala saya terfikir jika saya berada ditempatnya apa yang perlu dibuat. Walau teman saya merasakan dirinya sering berhadapan dengan masalah namun sebagai manusia kita harus sentiasa ingat bahawa ada orang lain yang lebih teruk keadaannya dari kita.
Bila difikir semula, saya bersyukur dengan apa yang saya ada tetapi itu tidak bermakna saya perlu berhenti mencuba dan mendapatkan apa jua peluang yang lebih baik di depan saya. Pada akhir setiap solat pasti ungkapan ini akan terluah ... ya Allah ya tuhanku kau permudahkanlah segala urusanku di dunia dan akhirat.... Memohon dengan serendah hati semoga setiap urusan saya akan dipermudahkan jalan dan lorong untuk saya menghadapinya.

1 comment:

Adiana said...

Bersabarlah wahai teman yang sering meluah perasaannya kepadaku.. pasti ada bahagia disetiap akhir satu derita. Hidup kita tak sama, masalah kita berbeza namun kita ada tempat yang serupa untuk mengadu.. Yang Esa. Cubalah sedaya kita untuk merubah sengsara agar kita dapat menikmati hidup lebih bahagia.