Monday, August 24, 2009

Ramadhan kali ini ..

Semakin menginjak usia, masa lalu rasanya masih baru.
Dulu semuanya kelam kabut, mana nak disediakan juadah berbuka,
mana nak dilayan anak-anak yang masih belum reti berpuasa,
mana nak dilayan segala macam benda. Itu belum lagi saat mengingat waktu Hasif masih berusia setahun ... kami berdua dan atuk sahaja yang ada. Suami berada nun jauh di Segamat.

Ramadhan kali ini, semuanya berada di flow yang indah. Mungkin juga kerana minggu ini minggu cuti. Pukul lima baru nak masuk ke dapur, anak-anak semua dah berpuasa kecuali yang bongsu si hafiz ~ masih tak pandai mengawal nafsu makannya.

Yang kakak mengurus Yasmin ~ mudahnya melihat mereka berdua. Semuanya ada kakak untuk membantu. Dah berdua sahaja perempuan. Waktu mandi berdua, baju apa untuk dipakaipun kakak yang pilih, waktu makannya beradap, kena marah pun kakak yang marah.

Cepatnya masa beredar .. 4 tahun dulu, setiap kali sesi memotong kuku. Semua ambil giliran ikut susunan sama ada yang kecil dulu atau yang besar dahulu. Kini tinggal 3 orang shj yang masih memerlukan khidmat memotong kuku ~ baby boy besar tu kadang-kadang tumpang sekaki juga.

Lama-lama nanti tinggal kami saling memotong kuku antara kami. Hmmm .. mengulang musim-musim bulan madu mungkin.

Thursday, August 20, 2009

124 jam yang sangat panjang

Waktu sedang menikmati dinner malam tadi, isu Jop timbul lagi.
Jop masih tidak muncul, tidak pernah berlaku sebelum ini.
Atuk hanya menyatakan : Jop dah hilanglah tu ... ~ semua org tahu maksud hilang tu, atuk memberi hint agar jgn mengharap, mungkin Jop dah takde.
Semua orang diam kecuali si kepoh Hafiz .. Oh, ada orang dah curi Jop kita ye ..
Semua orang diam tak kata apa-apa.

Pagi tadi Jam 8, sebaik atuk membuka pintu depan, Jop melompat masuk.
Kemaruk gila nak cari makanan. Lapar le tu..

Dua kali diberi nasi dan ikan baru dia diam dan mula jilat bulu.
Lepas rilek sekejap, dia kalut nak keluar balik.
Ni gambar Jop yang hilang selama 124 jam... tapi tak kurus mana pun.
Hmmm .. Jop dah pandai bertuan dirumah lain.

Tuesday, August 18, 2009

4 hari tak balik

Kalau diikutkan dah dibolehkan untuk buat police report tapi masalahnya si kucing jantanku yang sangat ganteng ini sudah pandai mencari tuan di rumah lain. Jop dah 4 hari tak pulang.

Semua dah bising bertanya .. atuk bertanya pada cucu, anak bertanya pada ibu. Dah ibu terpaksalah pulak tanya kat abah walau tahu jawapannya confirm 'entah, tak perasan pulak'.

Esok kena buat operasi ala-ala search and rescue ni .. adeei Jop harap janganlah ko cedera ke sakit ke atau apa-apa je yang kurang baik.

Selalunya paling lama dia tak menjenguk rumah hanya sekitar 48 jam. Ini dah jadi satu kelainan ni bila Jop tak balik untuk melebihi 100 jam.

Kali ni kalau Jop balik
akan kami kuncikan dia dalam rumah.
Suka2 buat orang susah hati ..

Thursday, August 13, 2009

Istana kayangan

Pelbagai cabang emosi silih berganti mengambil tempat.

Adakah perpindahan ini akan membawa suasana dan aura bahagia ?
Adakah ini akan menjadi langkah yang lebih praktikal berbanding yang lama?
Adakah bebanan tangga itu akan menjadi halangan?

Yang baiknya ...
~Besar dan luas
~Sejuk dan nyaman
~Tersorok tetapi privacy
~Berangin dan luas pandangan

Yang kurang enaknya ...
~Tinggi dan melelahkan
~Jauh dan meletihkan
~Cantik tetapi tidak mesra
~Suka tetapi kurang seronok

Bila ada dua, kita kerap membanding. Mencari yang mana lebih baik, yang mana lebih selesa, yang mana dirasa lebih cocok dan akhirnya yang mana buat hati dan jiwa kita seronok.
Yang cantik tidak semestinya buat kita rasa bahagia, Yang kurang cantik itu kadangnya buat jiwa rasa tenang.

Jika ada pilihan lain, kita akan terus membanding sehingga akhirnya rasa bahagia itu terbit tanpa ada paksaan.

Pandangan pertama itu penting kerana itu adalah pandangan jujur, pandangan yang tanpa ada prejudis. Pandangan yang kita rasa secara semulajadinya tenang, bahagia dan menyeronokkan. Malangnya saya tidak merasa bahagia pada pandangan pertama saya hari ini.
Saya tidak jatuh hati pada apa yang dilihat pada kali pertama dan ada sebahagian diri yang ingin mencari yang lain.....

Andai ada yang lain, saya akan pergi kepada yang lain itu. Meninggalkan istana kayangan yang indah ini tetapi membebankan...
Andai ada pilihan, saya akan mempertimbangkan pilihan itu ..

Ini hanya entri merapu
berdasarkan senario perpindahan
ke tempat baru .. aarrrghh!!

Positif

Hari ini dikhabarkan yang keadaan k Zah sudah bertambah baik. Mungkin juga tidak memerlukan pembedahan di bahagian kepala yang mengalami pendarahan.
Semoga k Zah kuat dalam mengharungi dugaan ini, dan buat rakan-rakan diluar sana..
doakan agar k Zah cepat pulih dari kecederaan yang dialaminya.

Wednesday, August 12, 2009

Semoga sihat kembali ..

Sahabat dan rakan di tempat kerja menerima dugaan yang hebat pada awal minggu ini. Isterinya yang juga merupakan kenalan kami telah ditimpa kemalangan. Saat mendengar perkhabaran itu, kami bagai berada dalam kejutan. Kurang 1 km jaraknya dari rumah, kereta yang dipandu oleh isteri rakan kami ini aka kak Zah bertembung dengan sebuah lori yang sedang melakukan u-turn.

Saat entri ini ditulis, beliau masih berada dalam keadaan koma dengan kecederaan berat di kepala.

Ya Allah , berat sungguh dugaan ini .. apatah lagi bagi mereka yang berada disekeliling beliau. Si suami dan anak-anak terutamanya yang akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Semoga mereka diberikan kekuatan yang luar biasa dalam menghadapi saat-saat getir seperti ini.

Saya hanya bertanya khabar tentang keadaan kak Zah dari rakan-rakan, bukan tidak mahu bertanya sendiri kepada suaminya tetapi saya memikirkan agaknya berapa puluh kali dalam sehari si suami perlu menerangkan keadaan isteri tersayang kepada orang-orang yang menelefon beliau. Jika keadaan bertambah baik maka lapanglah dada beliau tatkala memberi perkhabaran tetapi jika keadaan sebaliknya maka pasti kita telah menambah beban emosinya. Cukuplah beliau melayan panggilan dan memberi penerangan kepada ahli keluarga tidak kira yang jauh mahupun yang dekat.

Marilah kita sama-sama mendoakan semoga kak Zah cepat sembuh seperti sediakala dan kembali menguntum senyum seperti kebiasaannya. Amin...

Tuesday, August 11, 2009

Hmmm.. pisang goreng, hmmm.. bebola goreng

Kisah peniaga melarutkan plastik di dalam minyak masak bagi tujuan merangupkan gorengan memang mengejutkan. Dalam diam kita mengagumi gorengan pisang yang rangup, sampai minta extra tepung-tepung rangup tu tanpa menyedari apa yang sudah masuk ke dalam badan kita.

Kisah 11 tahun dulu, di bulan Ramadhan, disebuah pasar malam ternama berhampiran pekan di sini.... kisah zaman berulang alik dari Alor Gajah ke UPM, kisah pergi seawal 6.15 am dan sampai semula 6.45 pm setiap hari. Kisah yang rasanya impossible untuk diulang semula.

kisah ini kami saksikan sendiri tetapi hanya kini kami tahu sebab dan musababnya si makcik menggunakan kaedah itu. kami anggap si makcik hanya ingin memudahkan kerjanya sahaja dan tidak terfikir yang lain.

Kisahnya ...

Gerai ini menjual pelbagai bahan gorengan termasuklah bebola dan benda-benda lain yang dicelup tepung.
Si penjual sudah menyiapkan ikatan bebola di dalam plastik yang bising tu .. dan dengan penuh selamba mencelupkan plastik itu ke dalam minyak.
Sekelip mata plastik itu hilang terlarut dan yang tinggal hanyalah tangkai pemegang plastik itu.
Saya dan suami terdiam terpaku seketika, lidah kelu tidak berkata dan apa yang ada cuma perasaan jijik kami pada senario tadi berbekas hingga kini. Anak-anak tidak merasa lagi pelbagai gorengan bola yang dijual dimana-mana gerai dan kalau perlu kami sedia menghidang nugget dan aneka bebola yang siap dicucuk dengan lidi walau hanya makan dirumah.

Kali ini gorengan pisang dan kuih muih yang digoreng pula akan menjadi larangan untuk kami dan ini termasuklah bawang goreng siap dipaket.
Tindakan hanya setelah berapa banyak plastik larut yang telah kami telan sebelum ini...
Arrrghh .. dah mula rasa rindu pada cendawan goreng yang dijual digerai tepi jalan menghala ke Pantai Belimbing ....
Jahat sungguh nafsu ini,

yang tidak boleh dan yang ditahan itulah yang kerap terbayang di minda,
yang ingin kita hindari itulah yang sedap tekak menerima,
yang mengundang mudarat itu juga yang menjadi idaman.

Say no to those unhealthy food .....

Sunday, August 9, 2009

Rumah, sewa dan anai-anai...

Sejak memiliki rumah sendiri yang bukan untuk kegunaan sendiri tetapi dibayar dengan potongan gaji sendiri ini pelbagai peristiwa kami alami.

Kisah penyewa 1:
- 3 tahun dijadikan rumah persinggahan dan kemudiannya dijadikan rumah transit untuk anak2
yang pulang dari sekolah untuk makan dan solat sebelum ke sekolah petang.
- keadaan rumah tak lah cun melecun sewaktu ditinggal.
- banyak sewa tertangguh ketika serahan kunci keluar dibuat.
- hutang yang tertunggak ribu raban itu dibayar jika ada duit dan akhirnya hanya tinggal baki RM700.

* kata seorang kawan: penyewa ini masih ingatkan hari kemudian sebab itu dia masih bayar hutang walau secara berdikit-dikit hingga hampir selesai. Kami pun tak pernah tanya tentang hutang kerana bila dia ada duit, dia akan call untuk collect hutang.

Kisah penyewa 2:
- keluarga dengan 2 anak. Impiannya ingin menyewa rumah besar tetapi bayarnya sikit. Mulanya kami tidak mahu, tetapi bila difikir yang dia ada ibu yang sakit maka bilik ditingkat bawah memang sesuai untuk siibu berbanding dengan rumah 3 bilik yang lain. (ikhlasnya kami ketika itu, dari berkeras tidak mahu sewa terus berubah fikiran)
- menghias rumah kami macam rumah sendiri. Rumah dicat cantik, bahagian belakang telah disimen agar bersih.
- malangnya suka komplen kerosakkan dan ayat fav :
'nanti kami panggil orang bikin, bil kami beri pada kamu'

* Rosak 1: tangki air (memang tangki air di perumahan ini problem) so ok dia uruskan. Dah cik abang ni malas nak uruskan. Suruh berlakon pi check pun tak mau... (Sewa bulan tu dibayar lepas tolak bil..)

*Rosak 2 : bocor pulak bumbung di porch. Habis rosak but keta Spectra saya ...
Nanti saya panggil kawan abang untuk bikin. Sekali lagi cik abang kata suruh dia uruskan .. (sewa bulan tu pun dia bayar lepas tolak kos pembaikan)

* Rosak 3: Plug semua tak boleh pakai dibahagian bawah. Yang atas ok.
Respond saya : OK lah kak, nanti saya bawa orang untuk check. Akak jangan panggil orang baiki.
Respond dia : Tak pelah cikgu, saya kena pergi kursus nanti tak de orang kat rumah. Kita orang sambung guna plug atas.
Senyap jap untuk 2 hari.
Hari Sabtu (1.10 ptg)
Dia : cikgu, bila nak datang baiki. kami dah tak tahan ni, susah nak buat semua keje sebab plug rosak. Kalau tak kami panggil budak letrik kat depan tu untuk betulkan. Bil kami bagilah pada cikgu untuk tolak sewa.
Respond saya : Ok kak, saya datang bawak budak-budak saya. Tak payah akak panggil budak letrik tu. Budak-budak saya tengah makan .. dalam 1/2 jam lagi kami sampai.
Dia : OK lah
budak-budak saya - merujuk kepada 4 orang anak saudara yang kesemuanya mengambil jurusan electrical engineering. Saja sebenarnya menggertak dia sebab lama dah perhatikan tindak tanduk penyewa ni.
Sepuluh minit selepas panggilan tadi berakhir:

Dia: cikgu, tak payahlah datang. Suami saya tak sihat tengah tidur. Kami guna plug atas sajalah.

Aaiik !! tadi bunyinya bapak punya cemas tapi bila nak datang tengok tak bagilah pulak.

Lama menyepi dari aduan kerosakkan dan membayar jumlah penuh setiap bulan maka bulan ini dia berbunyi lagi.

Rosak 4: Rumah diserang anai-anai. Habis perabot, baju, buku dan Totonya rosak.
Dia: Cikgu, nak bagitaulah. Rumah ni banyak sangat anai-anai, habis almari, kain baju dengan buku budak-budak rosak.
Respond saya : Akak lama lagi ke nak duduk situ, saya ingat nak tunggu akak keluar baru saya nak buat apa yang patut. Kalau saya bawak orang untuk letak ubat anai-anai tu, takut akak tak selesa pulak.
Dia : Tu lah, akak pun tak pasti sewa sampai bila.
Respond saya: Rumah akak kat perumahan depan tu dah nak siapkan?
Dia : Akak ngan abang ingat .. kitaorang nak duduk kampung. Rumah tu kami tak nak duduklah. Tak selesa duduk kat taman. Tak pelah, malam nanti datang ambil sewa macam biasa ye..
Respond saya : ok kak, kalau boleh .. kami nak tengok kerosakan yang akak cakap tu. Kalau teruk terpaksalah juga kami buat apa yang patut.
Isshh.. jam ni, memang diriku confuse tahap gaban. Kejap cerita gini, kejap cerita gitu.

Senario masa ambil sewa: Dia tak bagi pun kami masuk untuk tengok semua kerosakkan tu. Cik abang ni dah standby disisiku untuk turut serta ( setelah dipaksa). Sewa bayar penuh bulan ini.
Pertanyaan tentang bila nak keluar @ berhenti menyewa itu merupakan hint saya (bukan hubby) tentang bagaimana saya sudah muak dengan perangainya dan saya juga sudah tidak kisah andai dia mahu keluar.

Nak kata kami pening kepala, tak lah jugak. Tapi kami anggap ini .. perasa serupa ajino-motto dalam kehidupan kami. Kalau dah terlebih perasa baru boleh pening-pening lalat, kalau tak diletak .. rasa kurang uummpph la pulak. Kelakar pun ada, selalu tuan rumah cukup takut penyewa keluar tapi keadaan nampaknya sudah berbeza.

Saturday, August 8, 2009

Sibuk yang tak berapa sibuk (3)

Along
Kami dikhabarkan yang kemungkinan pelawat luar tidak dibenarkan melawat pada minggu ini.
Hmm.. duit belanjanya bagaimana? Dah kena kuarantin ke?
Menjelang hari Jumaat malam, kami dimaklumkan yang parents boleh melawat tetapi aktiviti outing tidak dibenarkan.
Lawatan hari Ahad ini akan hanya melibatkan lawatan kami berdua sahaja. Anak-anak lain tidak dibenarkan ikut. Arahan telah dikeluarkan oleh atuk.
Nobody says anything, semua angguk sahaja tanda setuju.
Angah sudah mula batuk, hmmm .. demam Hafez sudah berjangkit kepada angah nampaknya.

Sibuk yang tak berapa sibuk (2)

Angah
Exam UPSR lagi sebulan. Kami cutikan kelas tuitionnya pada minggu ini kerana bimbang dengan H1N1. Senyum lebar angah sebab tak perlu pergi.
Hujung minggu ni juga ada jemputan untuk program kecemerlangan UPSR bagi kawasan Masjid Tanah. Kami buat keputusan, yang itu juga dia tak perlu pergi. Keadaan sekeliling tidak begitu memberansangkan terutama bagi program yang melibatkan pelajar ramai berkumpul.

Banyak yang perlu dipertimbangkan menjelang UPSR yang hampir tiba ini:
- Kesihatan perlu dijaga dan dipantau terutama musim sekarang ini.
- Persediaan mental dan fizikalnya sama penting.
- Pecutan akhir juga perlu dipantau .. hmmm kami yang tensi .. ni.

Sibuk yang tak berapa sibuk

Demam
Anak-anak demam. Yang pertama Hafez but he's doing great now. Bagus tentang dia, walau demam pun dia tak banyak ragam. Perkara pertama yang didesak kami berdua ialah..
kita kena pergi klinik!!
Bila kita nak pergi klinik??
Badan dah panas sangat ni, kena pergi klinik; ambil ubat!!

There's a catch .. sebab tu kalut semacam nak ke klinik. Kedai serbaneka sebelah klinik tu memang fav shop dia. Tiap kali ke klinik mesti singgah situ. But this time, kami terangkan yang prosedur ke klinik akan diubah..

Ibu akan keluar daftarkan Hafez.
Hafez kena tunggu dengan abah dalam kereta.
Tunggu sampai ibu call, baru masuk ke klinik.
Lepas jumpa doktor, kena terus tunggu dalam kereta.
Abah akan urus bayar dan ambil ubat.
Ibu dan Hafez akan tunggu dalam kereta.
Kita tak boleh singgah mana-mana kedai.

Lepas diterangkan prosedurnya begitu, sesi tanya jawab pula.
Mengapa kena tunggu?
Kenapa orang ramai?
Berapa lama nak tunggu?

Selepas diterangkan tentang penyakit H1N1 yang sedang melanda. Dia mengangguk kepala tanda faham dan kemudiannya menjawab ..
Oh penyakit H1N1 yang selsema babi tu, taulah Hafez.
Apa yang dia faham tak tahulah tapi yang pasti dia tahu penyakit itu bahaya dan mudah berjangkit.

Tuesday, August 4, 2009

Penyakit itu ..

Kita diingat tentang hidup yang sementara ini dengan pelbagai cara. Kita mudah lupa jika sentiasa diulit kesenangan dan kebahagiaan. Ujian yang datang ini wajar dijadikan pengajaran agar kita insaf pada hidup yang sementara ini.
Berdoalah agar kita dijauhkan dari musibah ini, semoga Allah swt akan sentiasa melindungi kita; umatnya yang lemah ini.

Sunday, August 2, 2009

Jangan ada rahsia antara kita ..

Ini kali ketiga saya mendengar petua keluarga bahagia ini. Cuma yang seronok didengar dan agak melucukan bila dia memberi petua untuk para suami memikirkan agar jika perlu membuat sedikit tipu helah maka buatlah andai kata jika berterus terang itu akan lebih membawa mudarat.
Contoh yang diberi, jika ingin meminjamkan wang kepada rakan tetapi takutkan isteri akan melenting maka lebih baiklah perkara itu didiamkan dari diberitahu.

Benar kadangkala kita isteri mudah terasa dan hangin apabila dimaklumkan perkara seperti ini sekurang-kurangnya saya akan berasa begitu.
Rasionalnya apa jua tindakan yang kita ambil tidak kira suami / isteri akan melibatkan hal ehwal rumah tangga dan seharusnya kita meletakkan keluarga lebih dari yang lain. Saya kurang gemar dengan istilah memberi helah atau mendiamkan diri ini digunakan kerana penipuan ini tidak menyumbang apa-apa impak positif yang membawa kepada kerukunan hidup berkeluarga.

Tetapi andai si suami gemar berbuat sebegini maka lapangkanlah hati untuk menerima perkara yang sama andai dilakukan oleh isteri. Tidak kira sumbangan, pinjaman atau pertolongan yang ingin diberi kepada orang lain seharusnya mendapat persetujuan kedua belah pihak. Jika apa yang kita buat dan rasionalnya diterima akal sudah pasti akan tiada tentangan dari mana-mana pihak.

Bayangkan jika sisuami membuat pinjaman peribadi puluhan ribu ringgit untuk membantu orang lain dan pinjaman ini hanya akan diselesaikan bagi tempoh sepuluh tahun akan datang tanpa memberitahu kita apatah lagi berbincang tentangnya. Apa agaknya reaksi kita sebagai isteri, sebagai sahabat, sebagai orang yang setia menunggunya pulang setiap hari jika diperlaku sedemikian rupa?
Apa jua reaksi kita tidak akan sama. Reaction kita akan dipengaruhi oleh 'cuaca' hidup berkeluarga kita.

Bagi yang segalanya telus, tidak pernah merahsiakan apa-apa perkara antara satu sama lain maka sudah pasti tersentap dan mungkin boleh mencetus perang dingin/panas berpanjangan.

Bagi yang sudah biasa dengan senario ini kerana masing-masing sibuk mengurus hal sendiri, maka ia bukanlah satu masalah yang besar.

Bagi yang kesabarannya ditahap 'diva', hanya kata nasihat dan pujukan diberi kepada suami tercinta walau hati amat tersentuh dengan tindakannya.

Agaknya dimana kita berada jika berdepan dengan ujian sebegini?
Agaknya bagaimana tahap bebanan emosi kita pada ketika itu?

Situasi ini berdasarkan kepada sumbangan
yang equal dalam berumah tangga.

Saturday, August 1, 2009

30 Oktober ~ Part1

Kami memulakan perjalanan ini pada usia yang sangat muda, sangat tidak tahu sebenarnya halangan dan rintangan berumahtangga. Kami masih muda dihati, dijiwa dan secara lahiriahnya kami masih didunia yang menganggap segalanya adalah mudah. Segalanya adalah indah dan tidak banyak masalahnya. Langkah permulaan yang cukup manis kerana kami positif memulakannya.
Benar .. kami tidak mempunyai masalah mengharungi segalanya walau 2 tahun kami berjauhan antara Melaka dan Segamat. Saat mengandung dan menanti kelahiran jua tidaklah sesukar mana walau hanya berjumpa seminggu sekali. ~ hubby tidak pernah miss balik ke Melaka setiap minggu sepanjang 2 tahun itu, bil telefon kami mencecah RM400-RM500 sebulan akibat bergayut setiap malam tepat jam 10.

Lima belas tahun dulu .. 1994
Inilah tarikhnya kami disatukan sebagai suami isteri. Pada usia 22 tahun dan hubby baru 23 tahun pada ketika itu. Kami berkenalan 2 tahun sebelum itu ketika mula mendaftar sebagai guru pelatih di MPSP. Hanya 8 bulan terakhir bergelar pelatih baru kami mula serius dan akhirnya disatukan.

Empat belas tahun dulu .. 1995 (ann. 1)
Kami sudah bergelar ibu dan ayah pada seorang cahayamata. Segalanya bagai berlalu mengikut flow yang sangat cantik.

Dua belas tahun dulu .. 1997 (ann. 3)
lahir seorang lagi cahaya mata. 2 bulan setelah mendaftar untuk menyambung pelajaran peringkat ijazah. Anak ini lahir sewaktu first sem. belajar. usah ditanya bagaimana kami mengharunginya kerana segalanya mudah ketika itu.

Sebelas tahun dulu ... 1998 (ann. 4)
Kami punya 2 cahayamata dan pada masa yang sama menyambung pelajaran diperingkat ijazah. Berkuliah setiap hujung minggu, meninggalkan anak pada jagaan pengasuh, pening kepala hanya kerana assigment dan yuran setiap semester yang perlu dibayar secara tunai. Yang lainnya hanyalah rutin biasa.

9 tahun dulu .. 2000 (ann. 6)
Mendapat cahayamata ke3, 3 hari sebelum konvo. Sepanjang semester akhir memang menyeronokkan kerana dilayan lebih oleh rakan sekuliah. Memasuki fasa kedua perkahwinan ~ setiap fasa mewakili 5 tahun kehidupan kami.
Syukur kerana apa yang inginkan pada awal perkahwinan tercapai ..
Bantuan dari pelbagai segi itu datang tanpa diduga maka segalanya berjalan dengan begitu baik.

8 tahun dulu .. 2001 (ann.7)
Hubby telah tamat belajar. Anak-anak sudah semakin membesar.
Hasif sudah mula ke Pra sekolah. Tak sempat nak memikir perkara lain kerana yang kecil baru setahun usia. Yang paling diingat, rumah memang memanjang bersepah.

Hari dengan topeng

Tugasan tambahan mingguan selain dari chores yang biasa2.
Jumaat: ambil anak dr sekolahnya
Sabtu : membantu mengajar kumpulan pelajar UPSR
Ahad : menghantar semula anak

Selepas hubby bersolat Jumaat kami bergerak ke Bandar Melaka. Misinya hanya untuk mengambil anak bujang yang akan pulang pada minggu ini. Sesampai di pintu pagar sekolahnya telah kelihatan kumpulan pelajar yang bergerak turun dari atas bukit.

Kesemuanya memakai topeng muka dan kelihatan para pelajarnya akur dengan arahan ini. Senario mematuhi arahan secara total ini jarang dapat saya rasakan jika berada di sekolah harian biasa. Ramai yang tidak mahu mengikut arahan hanya kerana suka2 dan seronok. Ingkar pada arahan walau pada akhirnya akan memakan diri sendiri.

Berdebar kami memandangkan kes H1N1 di Melaka amat membimbangkan ( berdasarkan arahan bercuti yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan KPM). Muncul saja si bujang kami terus beredar.

* anak-nak telah dikenakan
perintah berkurung di rumah
oleh atuknya.
Kami hanya dibenar keluar berdua.
"Jangan dibawa anak2
abah akan jaga"
Siapa berani ingkar pada arahan
ini? Arahan dari seorang atuk
yang bakal menyambut ulang tahun
ke 80 tahun ini.